Sunday, 18 September 2016

Haji 2016 : Travelogue Haji Seorang Hamba Allah Yang Bekerja Di Arab Saudi..Alhamdulillah..Masha Allah..Tabarakallah..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan pemberi rahmat sekalian alam. Tak disangka saya hamba yang kerdil ini dapat menunaikan Haji bersama isteri bagi tahun 1437 Hijrah & tak sangka dapat mengecapi nikmat yang tak terhingga ini. Masha Allah segala puji bagi Allah. Kalau nak imbas 2 tahun dahulu sebelum saya terlintas nak kerja di bumi Saudi ni, nak menunaikan haji memang takda dalam perancangan short term or medium term.

Tapi benarlah kata orang berilmu, menunaikan Haji ini ialah jemputan Allah, bila kita dapat jemputan, masa tu kita pergi buat. Jemputan ni datang tak kira usia dan siapa. Macam juga hidayah Allah, Dia boleh beri kepada sahaja yang dia mahu tak kira apa status hamba-Nya itu. Kalau nak fikir kembali, masa saya kerja di Malaysia, ramai jugak kawan2 yang dah buat umrah dengan duit kerja di Malaysia which saya betul betul tabik, and saya tak terbuka hati pun nak spend sedikit duit ke tanah Mekah, tapi Allah jemput saya ke tanah Mekah dengan cara nikmat pekerjaan di Saudi, ternyata jemputan Allah ni sukar dijangka. Alhamdulillah, saya yakin Allah sayang saya dan keluarga saya walaupun selalu saya fikir yang saya ni tak layak untuk semua ni..tapi siapalah kita untuk menidakkan rahmat-Nya..

Semoga post kali ni jadi iktibar untuk saya dan rujukan untuk kawan kawan pembaca dan juga rujukan masa hadapan dan semoga saya dapat istiqamah ke jalan Allah dan dijauhkan daripada sifat riak.

Okey, back to travelogue. Post kali ni nak ceritakan proses menunaikan Haji dari perspektif seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Kingdom of Saudi Arabia. Kelayakan seorang expat untuk menunaikan Haji ialah sekali untuk masa 5 tahun. Semua Expat layak untuk menunaikan Haji sebaik sahaja memiliki Iqama di sini. Since saya dah tunaikan Haji in 2016, saya boleh kembali buat Haji in 2021 sekiranya masih panjang umur dan masih bekerja di bumi Saudi.

Untuk pengetahuan, bagi kami yang bekerja di sini, selalunya pakej Haji bukanlah 40hari, tetapi sekadar cukup untuk memenuhi rukun semasa hari hari Haji iaitu minimum 5 hari (9 Zulhijjah - 13 Zulhijjah), selalunya pakej Haji dalam 7-8hari campur rehat dan travel. Pakej saya dikelola oleh Ustaz Hassan, iaitu seorang rakyat Malaysia yang sudah 30tahun tinggal di Saudi. Pakej ni boleh dianggap sebagai Malaysian package lah, tetapi ramai juga rakyat Malaysia yang amik local packages dengan orang orang Arab. Terpulang atas pilihan masing masing janji dengan tujuan yang sama untuk mendapat Haji Mabrur.

Anak-anak pula saya tinggalkan bersama grandparents mereka di Malaysia untuk tempoh ni. Bagi sesiapa yang ada kawan2 rapat yang tak balik raya Haji, boleh mintak mereka jaga, bagi sesiapa yang cekal, boleh juga bawak anak2 bersama masa tunaikan Haji, ini semua atas pilihan masing masing.


Day 1 : 6 Zulhijjah (Tawaf Qudum & Saie Haji)

Sekiranya anda pergi kursus Haji, cara menunaikan Haji ni ada 3 cara iaitu Haji Ifrad (Haji sahaja), Haji Tamattu' (Haji+Umrah) dan Haji Qiran (Combine Haji & Umrah in one go). Kebiasaannya rakyat Malaysia di sini akan pilih antara Haji Ifrad (umrah kemudian, ini tiada masalah kerana kami tinggal di Saudi) atau Haji Tamattu'. Saya memilih cara Haji Ifrad kerana majoriti dalam pakej Ustaz Hassan ni buat Haji Ifrad. Kedua dua cara ni ada kelebihan masing masing, terpulang kepada preference masing masing. Kalau nak tahu, boleh tanya ustaz ustaz, atau hubungi saya personally, saya boleh terangkan detail. Agak panjang cerita dia, elok saya ceritakan in person supaya senang paham, takut if saya tulis boleh jadi salah faham pulak. Saya takda tauliah nak cerita in details, eloklah serahkan pada yang pakar..


Kami fly dari airport Dammam ke Jeddah pada jam 10pagi. Total dalam pakej ni sekitar 150 orang dengan majoriti rakyat Malaysia, sebahagian datang dari Riyadh, dan sebahagian datang dengan bas dari Jubail. Dari airport Jeddah, dah ada charted bus untuk membawa kami ke Mekah untuk terus menunaikan Tawaf Qudum & Saie Haji. Tawaf Qudum ini ialah tawaf "selamat datang" merupakan ibadah yang sunnah dikerjakan sebaik sahaja menjejaki tanah haram.


Selesai tawaf & saie untuk Haji Ifrad, jemaah perlu maintain ihram dan adhere to larangan dalam ihram. Sorry tak ambil gambar kaabah, boleh google sendiri ye. he he


Selesai tawaf qudum & saie, kami berangkat ke kemah di Mina. Kami tiba di kemah selepas selesai semua urusan dalam jam 1pagi juga memandangkan traffic dah agak sesak menandakan permulaan hari hari Haji. Untuk pakej Ustaz Hassan, seluruh penginapan kami sepanjang pakej ni ialah di Mina. Ini untuk memudahkan jemaah membiasakan diri untuk Hari Tasyrik, dapat book kemah awal, dan berehat awal.


Day 2 : 7 Zulhijjah (berehat di Mina)

Boleh dikatakan kami berangkat agak awal ke sini kerana tiada ibadah Haji yang khusus untuk 7 Zulhijjah. Peluang ini digunakan oleh kami untuk berehat. Untuk sesiapa yang pernah buat umrah pasti tahu, selepas tawaf dan saie, badan agak kepenatan ditambah pula dengan penat travel, dapat one day full rest memanglah dialu-alukan. Untuk sesiapa yang curious, kemah di Mina jemaah lelaki dan jemaah perempuan diasingkan dalam "compartment" yg berasingan tapi dalam perkemahan yang sama. Jadi sebaik sahaja check-in kemah, dah tak nampak isteri masing masing. Kami maintain continuos whatsapp jelah nak tanya perkembangan masing masing dalam kemah tu. Begitu juga dengan dining area, memang diasingkan juga.


Antara barang yang wajib dibawa masa ke kemah ini ialah extension cable sebab socket tak banyak and kena share. Saya hanya bawak 2 pasang ihram (1 pakai + 1 spare), 2 pasang jubah (cari yang nipis sikit sebab cuaca panas), few tshirts, sabun mandi yang tak berbau, vaseline (sapu kat tapak kaki tak kasi melecet sbb jalan jauh), little bit of snacks, sambal2 sikit (nak buat penyedap rasa sebab hari hari makan khabsah, muak gak) among of few things. Saya try to minimize barang as much as possible sebab dalam kemah space is limited. Satu bahagian kemah ni boleh muatkan orang dalam 80 orang (20in a row x 4 row). Semua jemaah ni majoriti Malaysians, few Indonesians and ada couples of Chinese.

Semua orang diberi satu tilam kecik yang boleh dilipat. Ini penting untuk waktu solat berjemaah, semua boleh lipat tilam tu bagi ruang untuk buat saf. Ikut cara Nabi Muhammad S.A.W buat Haji dahulu, solat semasa di Mina tidak dijamakkan tetapi diqasarkan jadi 2 rakaat (bagi yang 4 rakaat). 


Day 3 : 8 Zulhijjah (berangkat ke Arafah & bermalam di Arafah)

Alhamdulillah, dapat cukup rehat. Sekarang time untuk start serious. Bagi jemaah kami, kami dijadualkan untuk naik train ke Arafah pada jam 8 malam. Di sini, timing system telah diwujudkan untuk mengurangkan kesesakan di train station. Walaupun wukuf hanya start selepas zuhur 9 Zulhijjah, kami perlu berangkat lebih awal memandangkan big numbers of jemaah Haji.


Kami berhimpun di luar kemah by group yang organized by "Hamla" bahasa Arab untuk package organizer. Setiap group ditadbir oleh Hamla masing2 dengan papan2 sepanduk. Few staff bertugas akan bawak sepanduk dan mengepung jemaah depan belakang kiri kanan bagi memastikan kami maintain in the group. Minimum distance between different Hamla juga dipantau bagi mengelakkan percampuran between group.


Alhamdulillah bagi mereka yang bekerja di Saudi dapat menaiki train untuk ke Arafah dan juga ke Jamrah. Kemudahan ini sama seperti yang dinikmati oleh warga Arab dan setakat ini masih tidak disediakan lagi untuk jemaah dari negara negara lain termasuk Malaysia. Untuk pakej Ustaz Hassan, kedudukan kemah betul betul berhampiran train station Muzdalifah 3, jadi kami dapat naik train awal. 

Setiap penumpang train diwajibkan memakai gelang tiket ini. Gelang yang satu lagi ialah gelang jemaah haji yang disediakan oleh Ministry of Hajj & Umrah, ini ialah sistem baru yang diperkenalkan mulai tahun ini.


Train tahun ini diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Prasarana Sdn Bhd iaitu company Malaysia yang sama manage Rapid KL. Tengok dengan izin Allah selesa betul kami di dalam train kerana kecekapan pengurusan mereka. Masa menunggu juga telah berjaya disingkatkan daripada 4jam ke 1/2 - 1 jam sahaja berbanding tahun lepas. Memang ramai puji Prasarana tahun ni, atas penambahbaikan servis mereka. Insha Allah boleh sambung kontrak dengan Kerajaan Arab Saudi setiap tahun kalau maintain prestasi macam ni. Jumlah jemaah juga berkurangan tahun ni turut menyumbang kepada keselesaan jemaah. Apa pun, saya bangga bila jumpa orang Malaysia yang bertugas di train station ni. Masha Allah..


Day 4 : 9 Zulhijjah (Hari wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah Aqaba)


Di Arafah, kemah yang disediakan sangatlah besar, cukup untuk menampung mungkin 300 orang pada anggaran saya. Same concept dengan Mina, jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dan sebagainya cuma in a larger scale. 

Bermulanya lepas zuhur hingga ke maghrib, kita dah boleh start berdoa. Most of jemaah start keluar dari kemah dan berdoa di luar kemah. Hari ini ialah waktu yang paling mustajab doa sepanjang tempoh Haji. Boleh cari hadis hadis yang berkenaan, memang banyak dalil on Hari Arafah ni. Tips yang saya dapat dari kawan kawan, sila tulis semua doa kita kat kertas, dan juga doa doa orang yg kirim kat kita supaya kita tidak lupa. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang terlepas berdoa pada waktu ni. Banyak doa saya mintak pada Allah, macam macam..Moga Allah berkati dan tunaikan doa-doa saya, Insha Allah..



Selesai wukuf, kami berangkat pulang menaiki train yang sama ke Mina. Oleh kerana lokasi kemah kami betul betul berhadapan sempadan Muzdalifah, kami hanya berjalan kaki seberang jalan besar untuk ke Muzdalifah dan maintain di sana untuk dapat bermalam di Muzdalifah. Untuk "Mabit" ataupun bermalam di Muzdalifah ini, tempohnya tak perlu lama, asalkan berada di sana walaupun seketika selepas tengah malam. Yang ni juga terpulang atas masing masing, tetapi disunatkan untuk sesiapa yang datang bujang untuk stay sampai subuh. Bagi saya pula, oleh kerana sudah 4 hari dalam ihram, saya cuba nak selesaikan secepat mungkin dengan meneruskan perjalanan ke Jamrah Aqabah. Hanya selepas menunaikan melontar di Jamrah Aqabah & bercukur, baru kita dapat Tahalul Awal dan keluar daripada ihram. Oh ya, batu batu untuk melontar juga disunatkan kutip semasa bermalam di Muzdalifah, minimum 70 biji batu diperlukan untuk sepanjang tempoh Jamrah (7 for Jamrah Aqabah+ (3 Jamrah x7)x3days for Hari Tasyrik)




Haa..dah abis bercukur, memang hensem. Seingat saya, last sekali saya potong rambut rapat camni ialah zaman sekolah menengah dulu. Kalau tengok sini juga saya dah pakai T-shirt. Alhamdullillah masa ni dah lega banyak. 



Day 5 & 6: 10 & 11 Zulhijjah (Mabit di Mina & Tawaf Ifadhah)

Hari ni merupakan Hari Raya Aidil-Adha. Tapi untuk jemaah haji, kebanyakan kami tak dapat menunaikan solat sunat Aidil-Adha kerana dah penat selepas melontar jamrah. Ramai yang berehat dan bertakbir di kemah Mina sahaja selepas solat waktu. Untuk mereka yang adventurous, boleh juga terus ke Mekah selepas Jamrah Aqaba dan solat sunat Aidil Adha di Masjidil Haram, tetapi perlu kembali ke Mina untuk Mabit minimum 1/2 malam yang merupakan perkara wajib Haji. Jadi kena pertimbangkanlah antara perkara yang sunat dan yang wajib, ini semua atas masing masing. Memandangkan kami semua menetap di Saudi dan sudah biasa dengan keadaan Mekah, jadi pakej ini agak fleksibel, masing masing boleh buat ikut preference sendiri, asalkan perkara Rukun dan perkara Wajib tetap dilaksanakan.

Untuk para jemaah, pengangkutan disediakan pada jam 2am untuk ke Mekah bagi menunaikan Tawaf Ifadhah. Kami berangkat ke Mekah selepas seharian rehat di Mina. Kebiasaannya untuk memasuki Masjidil Haram, the best time is around awal pagi before subuh or lepas subuh, masa lain agak ramai orang nak masuk masjid dan entrance masjid akan tutup lebih kurang sejam before masuk waktu Solat sebab Masjid dah penuh. So kami berangkat ke Mekah jam 2am untuk target masuk masjid before subuh, means before that kami dah dapat bermalam lebih 1/2 malam di Mina which is perkara wajib Haji.

Alhamdulillah, saya dan isteri dapat menghabiskan Tawaf Ifadhah before masuk waktu Subuh. Tawaf Ifadhah ni agak fleksibel, dan tak ramai orang kalau kita plan timing cantik. Kami kembali ke Mina jam 10am 11 Zulhijjah.



Day 6, 7 & 8 : 11, 12, 13 Zulhijjah (Melontar 3 Jamrah pada Hari2 Tasyrik & Tawaf Wida')

Tiga hari seterusnya dihabiskan dengan melontar 3 Jamrah Sughro, Jamrah Wusto, & Jamrah Kubro (Jamrah Aqabah). 7 biji batu mesti dilontar pada setiap jamrah. Batu2 ini telah dikutip di Muzdalifah pada malam sebelumnya. Untuk saya, saya letak batu batu yang dikutip dalam botol air mineral untuk senang simpan.

Untuk Hari2 Tasyrik, dah macam light and easy mode. Masing masing boleh menaiki train ke Jamrah ikut pace masing2, dah tak ada gerak in a pack macam masa pergi Arafah haritu. The best tips is, try to find few couples yang rapat, and gerak sama sama just in case kita ada problem, ada lah kawan rapat akan tolong. 




Waktu Afdhal untuk melontar ialah between Zuhur dan Asar. Untuk hari ketiga, which is hari Nafar Thani (keluar dari Mina), kami menunggu di Jamrah sebelum zuhur dan get ready untuk melontar. Bila azan berkumandang je, semua orang terus mula melontar. Selesai melontar last jamrah, kami pulang ke Mina dan bersiap2 untuk meninggalkan Mina dan ke Mekah untuk menunaikan Tawaf Wida' (tawaf selamat tinggal). 


Day 9 : 14 Zulhijjah (Pulang ke Jubail)

Kami Tawaf Wida' pada malam sebelumnya dan terus berangkat ke airport. Harus diingatkan, selepas Tawaf Wida' kena segera keluar dari tanah haram dah tak boleh shopping atau buat lain lain urusan hatta nak selfie depan masjid pun. Oleh kerana sampai di Mekah kebiasaannya orang mesti nak shopping souvenir (kat Mina takda shopping activities), ini perlu dilakukan sebelum Tawaf Wida' jadi most probably kena bawa barang dagangan tawaf sekali. Tawaf Wida' agak mencabar kerana kebanyakan orang dah abis menunaikan ibadah Haji dan nak keluar Mekah at the same time, so crowd dia memang lain macam. Tamau sesak, tawaf kat level 1 or bumbung Masjid, tapi more mileage, estimated dalam 1 1/2 jam baru habis 7 round tawaf.

Disini tips yang boleh digunapakai ialah, kalau beli barang banyak, mintak kedai tu tolong simpankan barang sekejap, dan kita boleh ambil semula selepas selesai tawaf, which is dibolehkan sama macam amik barang kat hotel dan check out terus asalkan dah takda urusniaga selepas tawaf.

Kami berangkat ke airport pada jam 12 mlm 13 Zuhijjah dan fly dari Jeddah pada jam 7pagi.
Kami rehat seharian di Jubail dan pulang ke Malaysia untuk berjumpa anak2 dan bawa mereka pulang ke Saudi. Hana dah skip school selama 2 minggu, saya dah mula rasa risau, walaupun hanya kindergarten sahaja he he.

Selesai dahulu post kali ni, agak panjang menaip nak siap entry ni, saya cuba detailkan sebanyak mana mampu dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga kepada saya sebagai rujukan pada masa hadapan. Akhir kata, kalau ada fakta yang tak berapa tepat, harap hubungi saya supaya saya dapat dibetulkan sebab ini urusan ibadah, jadi fakta kena bagi tepat risau jadi rujukan orang. Apa pun, saya harap post kali ni dapat jadi sebahagian daripada saham akhirat saya kepada pembaca. Insha Allah...

Alhamdulillah selesai semua urusan haji, semoga mendapat Haji mabrur dan diberkati Allah. Seeloknya pergi Haji ni cukuplah hanya sekali dalam seumur hidup dan kita beri peluang pada orang lain pula menunaikan Haji. Apa pun, saya berdoa agar ibadah Haji saya dan isteri diterima Allah dan kami bersyukur tak terhingga atas kurniaan ini. Allahu Akbar, Alhamdulillah..


Special thanks kepada penganjur Haji KRMJ 1437, Haji Nor Ihsan Sulaiman dan isteri, juga kepada Ustaz Hassan yang banyak membimbing kami sepanjang program. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian..Terima kasih semua..


Thursday, 25 August 2016

Sydney's vacation 2016

Assalamualaikum,

Makin lama makin tumpul plak idea nak post. Okeyla, just little bit update, pejam celik pejam celik, dah setahun since London's vacation 2015. Raya baru baru ni, alhamdullilah, dapat vacation sekali lagi, kali ni destinasi pilihan ialah home of kangaroo and wallabies..Sydney Australia..

Australia ni destinasi yg pelik sikit bagi geng yg dok middle east, sebab Europe lagi dekat. Pak pak arab prefer ke Istanbul, London, Paris etc compare travel down to southern hemisphere nun. Apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia kira beruntung sebab Australia ni dekat, dan untuk saya lagi seronok sebab dapat escape summer heat arab (walaupun sekejap) dan enjoy winter kat Australia.


Ni ialah view dari balcony hotel tempat kami menginap selama seminggu. Hotel Meriton Kent's Street, satu malam dalam RM600-700, sangat berbaloi memandangkan ianya one bedroom service apartment in the heart of Sydney's central. Kalau compare kat London dlu, harga camni cuma dapat single standard room. View pun cantik dari sini, nampak Darling Harbour..ada satu malam tu, kami tengok fireworks dari balcony jer..


Sydney's icon, Harbour Bridge. saya suka cuaca masa ni, cold winter but with bright sunlight..sesuai untuk kita jalan jalan dan photoshoot.


Ni pulak tempat ikon sydney paling tak asing lagi iaitu Sydney Opera House, tah apa mende ada kat dalam dia, saya pun tak tahu.


Naik ferry pulak dari Circular Quay balik ke Darling Harbour.


Aksi nakal sikit dekat Madame Tussaud's Sydney. Dulu masa kat London, tak pegi yg London punya, sebab masa tu Hana still takut wax figure nih. Sekarang dah boleh laa..


Di Featherdale Wildlife Resort. Kat sini memang best. Wallabies roaming around lepas camtu je, abis semua budak budak kejar mende kecik tuh. Pada sapa yg tak kenal wallabies, (termasuk saya, waktu tu) dia mcm version kecik of kangaroo...keluarga yg sama..


Haaa..cita cita tercapai kat sini, dapat pat kangaroo..jinak sangat kangaroo kat sini, sapa sapa pun boleh je pegi sentuh diorang, takda masalah..mafi mushkilaa


Area ni namanya The Rocks, iaitu bandar lama Sydney, among the oldest building in the city masa mula mula geng Europe bertapak kat sini.


Yang ni pulak Queen Victoria Building. Ala-ala Harrods of Sydney la..

Ada few tempat lagi yang kitaorang pegi, tapi malas plak nak upload pictures iaitu Sydney Tower, Sealife Aquarium, Birkinhead outlet and few places in the city.

Anyway, as normal, memandangkan ni percutian couple with small kids, kami skip banyak outdoor attraction seperti Blue Mountain Valley, Bondi Beach, The Gap, Watson Bay dan banyak lagi..Kalau nak pegi semua, memang kena stay at least dua minggu la..ha ha ha..

Alhamdullillah, kerja kat Arab ni membolehkan kami travel dan kenal dunia. Travel open our mind, give different perspective of seeing things, and make us appreciate on what we have.

Till the next post..cheers!

Monday, 4 April 2016

Kerja night shift

Kerja night shift...

Memang sangat letih..

Nak nak kena kerja seminggu straight..

Masa siang tak dapat rehat sangat, tak sekualiti rehat malam hari..

Apa kan daya..

Cari rezeki di tempat orang..

Masuk kandang unta kena lah "menguak, mengembek, tatau mana satu..menggelupur kut"

Kadang kadang rileks..selalunya tak rileks..

Yang bagusnya, ada shift allowance..boleh la, dapat lebih sikit

Yang penting kena redha..

Kalau dah nama maintenance, kerja company apa pun sama je kena perah..

Nak bisnes sendiri, tak pandai pulakkk...

Ngantukkkk.....

Mari kita tidooorrr!!!


-------------coretan malam hari ketika mengantuk----------

Friday, 4 March 2016

Sadara GOSI Housing ~ Lawatan mertua ke Saudi

Assalamualaikum...


Saya masih lagi di sini..Alhamdulillah, agak lama sikit tak update blog, sebab kerja bertambah sibuk. Begitulah rutin kerja Maintenance ni, tak pernah takde kerja, dah tukar company lain pun, tetap sibuk.  Apa pun syukur Alhamdulillah, masih ada pekerjaan di zaman ekonomi yang sangat mencabar ni..

Semenjak hujung tahun lepas, saya sudah berpindah ke perumahan Sadara. Memandangkan ramai kawan kawan saya berpindah ke sini, maka eloklah saya turut sama. 3 daripada kami (dulu 6 family satu building) berpindah ke apartment Sadara. 3 orang lagi semuanya turut berpindah ke Royal Commission jugak. Semua dah beralih angin, meninggalkan kenangan kenangan indah di "Mahligai" lama kami di Jubail Balad dahulu.

Alhamdulillah, apartment baru ini jauh lebih selesa dari rumah lama kami. Mungkin 3 kali ganda lebih besar. Suasana sekitar apartment ini juga lebih selesa dengan keutamaan keluarga dititikberatkan. Cuma cabarannya, Hana masih bersekolah di Mariya International School, jadi dah tukar bas sekolah, agak jauh perjalanan harian dia sekarang berbanding dengan rumah lama.

Memandangkan rumah dah sedap, dapatlah saya bawak ibu bapa mertua bertandang. Januari lepas mereka meluangkan masa sebulan di sini. Alhamdulillah, semua sangat seronok. Budak2 seronok, wife seronok, dan saya juga seronok dapat bawak pak mertua jalan2 sana sini...paling seronok, kami meluangkan masa seminggu roadtrip umrah dan ziarah..


Proses perpindahan dari rumah lama


First entry rumah baru


Suasana di luar apartment


Majlis (tempat tetamu bertandang) yang dah converted jadi toy room


Bersama ibu bapa mertua


Road trip Mekah - Madinah..singgah di Riyadh


Hana ke sekolah

Tuesday, 1 September 2015

Perkara yang tak disukai di Saudi Arabia

Assalamualaikum...

Selalunya dalam semua post, banyak perkara yang positif dan enak enak yang saya ceritakan. Fikir balik, rasa macam tak adil la kalau tak cerita apa yang tak bes kat Saudi ni. Mana la tau if ada sapa yang follow blog saya dan buat jadi benchmark untuk rujukan ke sini, you all kena tau jugak la apa yang tak bes which is banyak jugak sebenarnya.

Satu lagi sebab saya tulis dalam Bahasa Melayu, senang saya nak tujukan post saya untuk audience orang Malaysia sahaja, sebab belum tentu apa yang saya tulis orang tempatan atau orang antarabangsa lain suka nak baca.

Summarize on main thing yang saya tak suka;

  1. Kelembapan perkhidmatan kerajaan - segala urusan yang melibatkan kerajaan, sangatlah perlahan macam kura-kura galapagos. Perkara yang paling menyusahkan ialah urusan passport dan iqama. Disebabkan iqama ini expired setiap tahun, jadi saya kena deal dengan bende ini yearly basis.
  2. Keperluan untuk exit visa - ini satu sistem yang sangat menyusahkan expat. Bila dah masuk Saudi, dia tak kasi keluar pulak melainkan dengan visa exit. Visa ni pulak diuruskan dengan kelulusan syarikat. Dengan kata lain, pihak syarikat ada kuasa tanak kasi keluar negara dan paksa kita jadi kuli mereka. Ini ialah sistem yang dibenarkan oleh kerajaan kepada syarikat, macam depa delegate power la. Saya masih lagi memikirkan apa la jadahnya signifikan sistem ni. Untuk syarikat besar, mungkin takda masalah, sebab mereka beretika, tapi syarikat manpower supply yang kecik2, banyak ambil kesempatan atas sistem ni dan memaksa pekerja mereka kerja sepanjang tahun tanpa cuti. Apa pun, urusan mengeluarkan visa/iqama semua ini sangatlah perlahan tahap perjalanan mikroorganism ameba.
  3. Sikap prejudis warga tempatan. Golongan tempatan ni kebanyakannya tak suka privelege mereka diganggu rakyat asing. Contohnya, ada bank tertentu yang mereka rasa khas untuk rakyat dia sahaja, tapi by konsep, diorang taleh nak blok orang asing dari bukak akaun, jadi dia akan susahkan la kita bila nak bukak akaun, contohnya cakap sistem down, lambat lambatkan urusan orang lain, kasi special number untuk mat saleh dan warga tempatan. Begitu jugalah dengan sekolah tertentu atau kedai tertentu.
  4. Kemudahan tandas/surau untuk wanita kurang di jalan raya, tak macam kat Malaysia. Percaya atau tidak, kaum wanita lagi senang nak solat on the road di Malaysia compare di Saudi, pelik kan. Dengan kata lain, hak kaum muslimah tak jadi keutamaan di Saudi.
  5. Sampah merata rata. Pernah pergi KLCC time cuti raya tak? Ramai golongan asia selatan dok ludah sana sini kan? Imagine that for daily basis. Mentaliti mereka ni tak sama tahap mentaliti orang negara maju. Ingat tak Malaysia pada tahun 80an, 90an? orang suke buang sampah luar tingkap kereta? haaa..tahap tu lagi la diorang ni..
  6. Taksub kat Mat Saleh kat tempat kerja, asal apa Mat Saleh buat, semua betul, yang bodo pun depa ingat pandai. Tapi ini biasalah, kat Malaysia pun sama. Positifly kita selalu jumpa Mat Saleh ni hari hari, so balik Malaysia jumpa diorang jadi tak jakun dah.
To be fair, banyak juga positif side kat Saudi ni terutamanya gaji sedap, cukai takde, solat berjemaah selalu, atm machine drive thru, makanan variety banyak, orang Malaysia dihormati, n many more. Apa pun inilah give and take yang perlu dihadapi bila tinggal di luar negara. Tak ada benda yang sentiasa bes dalam dunia ni, nak sedap something, kenalah givap something. Yang penting, dasar tidak memberi tahi (don give a shit) terhadap perkara perkara yang menyusahkan itu perlu diamalkan supaya hidup kat sini rasa aman damai. 

Tuesday, 25 August 2015

Hana 1st day at School

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan Hana. Sebagai seorang ayah, ia merupakan satu lagi langkah fasa dalam kehidupan. Berkahwin > Dapat anak > Anak ke sekolah...

Cabaran untuk menentukan hala tuju masa depan anak2 semakin dirasai. Alhamdulillah, kat sini ada rezeki persekolahan anak ditanggung penuh oleh syarikat, kami menghantar Hana ke Mariya International School. Sekolah ini berlandaskan British syllabus. Harap2 permulaan yang baik hari ini dapat membentuk peribadi dan sahsiah Hana jadi insan yang berguna, apa lagi yang kita harapkan kalau bukan yang terbaik untuk anak-anak kan..



Kat Mariya School ni studentnya tak nampak majority nationality mana. Ini disebabkan terdapat ramai student arab non-saudi, dari egypt, lebanon, syria etc. Ramai juga student Malaysia dan Pakistan kat sekolah ni. Di Saudi ni, memang semua expat tak dapat hantar anak ke sekolah kebangsaan Saudi, tatau la sama ada tak boleh secara legally, or anak memang tak boleh survive kat sana, tak pasti pulak.


Rutin untuk 1st day sekolah ini ialah nak memastikan anak dapat naik bas sekolah yang betul, selamat sampai ke sekolah, dan selamat pulang ke rumah. Ini disebabkan, kita tak biasa dengan sistem kat sini. Tambahan pula, sekolah ni merupakan tempat yang sangat secure, orang luar tak boleh senang2 masuk termasuk ibu bapa. Bila student kluar je dari rumah, naik bas sekolah, memang systematically, kita tak nampak dah anak sampai la dia balik semula kat gate rumah.



Untuk hari pertama, kelonggaran diberikan kepada para ibu untuk menemani anak masing2 dalam kelas. Jadi saya pun kenalah teman budak Khalif ni kat luar sementara mummy jengah Hana dalam school building. Para bapa pula tak dibenarkan masuk sama sekali.

Oh ya, Hana sekarang masuk KG2 (kindergarten 2) untuk umur 4 tahun. Paling muda kat Mariya school ini ialah montessori/KG1 start umur 3 tahun. Umur 3 tahun saya dulu hanyalah main guli dan panjat pokok rambutan, zaman dah berubah sekarang. Tambahan pula kat sini, persekolahan lagi advance banding kat Malaysia. Nak enroll pun kene interview dlu.

Pesan saya untuk Hana (semoga hari dia yang akan paham baca tulisan kat blog saya ni tiba) belajarlah rajin2 dan jadi anak yang berakhlak, harapan saya tak tinggi, cukupla jadi anak yang baik dan insan yang berguna...Insha Allah..kalau akhlak dah baik, dah tentu yang lain lain akan datang dengan secara semulajadi..Doa doakanlah~



Friday, 21 August 2015

Nukilan Off Day




Assalamualaikum...

Off day sekarang merupakan satu benda yang sangat berharga. Memandangkan kerja-kerja kat plant semakin banyak, saya diminta masuk kerja setiap hari Sabtu which mean kena kerja 6 hari seminggu. Jadi yang tinggal off-day hanyalah hari Jumaat.

Ini merupakan satu benda yang agak mencabar buat keluarga memandangkan di Saudi ini, semuanya bergantung kat husband/father untuk segala urusan. So semakin sikitlah masa bersama keluarga. Oleh itu off-day yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana makin sikit satu benda tu, makin la berharga nilainya macam makan ayam KFC, yang hujung2 tu sure lah kena makan slow2..(logik apa ni)




Layan budak2 time off day. Mummy dah tumbang penat memasak. Sebagai husband mithali kononnya, kenalah saya cuba occupy kan time diorang nak bagi mummy rest. Believe or not, jadi fulltime housewife ni lagi mencabar daripada kerjaya opis dia masa kat Malaysia. Sepanjang masa dihabiskan dengan budak2 ni.



Sambil2 layan diorang ni saya goreng Samosa. Brand Al-Kabeer ni ada macam2 barang dari samosa, popia, kebab, drummet dan pelbagai lagi. Selalunya semua barang dia sedap.

Okey, entri pendek je sebab kena layan budak. Happy wiken all~