Thursday, 30 October 2014

Sadara Chemicals MFC Teambuilding 2014

Assalamualaikum,

Malam Jumaat yang indah ini, kalau di Malaysia tentulah saat saat bahagia seorang lelaki, he he he. Di sini kita blogging jelah ye dak, dari menggigit kuku je, baiklah kita manfaatkan dengan something.

Dah dekat 2 bulan berblog, saya belum cerita lagi tentang kerjaya saya di sini. Kepada sesiapa yang mengenali saya semasa dengan company lama dahulu, tentu masih ingat saya sebagai Static-Fired Engineer, antara rare species dalam kalangan Mechanical, he he he. Dulu dapat jaga boiler, hrsg dan reformer. Kat sini, Alhamdulillah, saya dapat meneruskan forte saya dahulu kini sebagai Maintenance Engineer - Mixed Feed Cracker units. Sebahagian besar MFC plant ini ialah cracker furnaces yang merupakan jantung syarikat Sadara Chemicals. Oleh kerana technical information tentang syarikat ini merupakan confidential information, saya tak dapat nak cerita banyak, cuma saya dapat beritahu yang karier saya dahulu dapat dikembangkan di sini Insha Allah.

Oleh kerana plant dah nak start commission tahun depan hopefully on 2nd quarter, maintenance dan operation dah start duduk satu office bagi memantau kerja kerja terakhir pihak EPC contractor. Sekarang, musim panas dah sampai ke penghujung, sesuailah untuk buat team building dengan outdoor activities bagi ice breaking sikit antara maintenance dan operation sebab ramai antara kami masih tidak mengenali antara satu sama lain.


Team building ini bertempat di Kemya beach camp, iaitu camp milik Syarikat Sabic Kemya, salah sebuah petrochemical terbesar di Jubail (bakal dipintas oleh Sadara). Tunggu satu waktu nanti, harap Sadara juga akan mempunyai beach camp sendiri.


Ucapan alu-aluan daripada Head of Operation MFC, nama tak ingat pulak, aiseh, sori bos, nanti saya check balik.


Geng geng Malaysia kat MFC ni, adalah dalam 20 orang, semua Operation department, hanya saya dan Rosli Armi sahaja yang dalam maintenance department. Total staff Malaysia kat Sadara sekarang dah cecah 200+ orang, tapi memang jarang jumpa semua orang sebab semua dah start masuk plant masing masing.


Geng Filipina ngan India. Diorang ni kira majoriti la staff kat MFC ni. Saya agak baik ngan member yang dok kat tengah tu, nama dia Lewis.


                                              Ni besfren saya kat MFC, Saiful ngan Mizi

                             
                                     Game tarik tali, yang bawak beg kat tengah tu Rosli Armi


Ni pulak permainan ikat kaki cuba masuk dalam space 4 segi, nampak simple, tapi mencabar


Yang baju biru to commissioning engineer Dow, Albert. Saya banyak deal kerja dengan dia sekarang sebab dia jaga commissioning mechanical. In terms of reporting, saya reported to Bruce, Maintenance Supervisor MFC, kat sini supervisor ialah manager, somehow diorang tak guna title manager, lain kalau banding Malaysia, title manager banyak dalam organisasi.


                                          

Yang ni pulak highlight of the team building, acara terompah gergasi. Team Malaysia menang final!! Sangat kelakar, team dah cabut random, tapi end up saya berempat orang Malaysia satu team. Kami dok jerit kiri, kanan, kiri, kanan. Sangat meriah, ramai audience berbilang bangsa tu pun dok cheer kat kami tolong jerit sekali kiri! kanan! walaupun taktau apa maksud dia, ha ha. Seronok.

Okeylah, setakat ini sahaja sedikit sebanyak saya boleh share tentang kerja saya di sini, harap dapat share lagi kalau ada event event macam ni. Nak cerita kerja tak boleh kan, so dengan cerita event camni harap pembaca dapat gauge camna suasana kerja saya di sini. 

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca~


Tuesday, 28 October 2014

Mekah Al-Mukarramah - Umrah 2014

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan saya di bumi Saudi ini. Cepat sungguh masa berlalu, tak ada apa sangat kerja yang saya dah accomplish kat office. Takpelah, bos kat sini pun paham, banyak proses penyesuaian yang perlu dilakukan sebelum saya betul betul settle down kat sini. Maklumlah, tempat baru, sistem pun lain dari tempat asal kita, the way we doing things, the way we move around, semua lain. Di sini saya berpegang kepada konsep "cool and steady, let the things flow". Saya perasan kalau kita kelam kabut, stress akan datang dan menyebabkan susah hati tak tidur malam, asyik nak balik Malaysia je nanti.

Okey, mukadimah dah abis, masuk lak isi dia kali ni. Pengalaman saya menunaikan Umrah. Masha Allah, Tabarakallah. Kawan satu department saya cakap kat saya "Dok sini meta je doh boleh doh deme buak umroh..Alhamdulillah". Memang tak sangka kan. Rezeki di sini. Tengah pulak banyak kesusahan nak adjust kat sini, part buat Umrah over the weekend ni memang seronok. Rasa sungguh adventurous.


Untuk makluman, perjalanan dari Jubail ke Mekah, perjalanan memakan jarak 1300km++. Woohooo, memang rekod perjalan road trip paling jauh pernah saya lalui. Kami bertolak selepas kerja, Khamis malam, sampai Jumaat tgh hari solat Jumaat, buat Umrah, malam aktiviti bebas. Sabtu pagi balik, Ahad kerja. Thats the modus operandi for Umrah weekenders road trip normally. Kalau naik flight, lebih selesa la, banyak sikit masa di Al-Haram. Roadtrip ni memang for fun dan nak tunaikan rukun Umrah sahaja. Lebih-lebih, memang tak sempat la.

Ops, satu lagi, kos dia murah la. Minyak murah dan takde tol walaupun jalan ada 3 lane pecut 180km/h.Oleh kerana post kali agak special, saya upload lebih banyak gambar untuk tatapan semua...


Pemandangan dalam perjalanan 1300km, salah satu fleet kami. Kami 14 orang jemaah umrah Sadara - Malaysia, menaiki 3 SUV iaitu Chevy Suburban, Ford Edge & Toyota Fortuner. Saya naik Ford Edge, memang selesa, rasa lain daripada SUV yang biasa naik kat Malaysia.


Siapa ingat lagi rukun umrah?? haa..bolehla bukak balik buku pendidikan Islam tingkatan berapa tu. Serius saya cakap, itu saja yang saya boleh recall sebelum trip ni dan baca sikit sikit dalam masa sehari dua, tader p kelas pun. Tak risau sangat, sebab ada senior senior yang bawak.

Signage dalam gambar di atas menunjukkan kami hampir tiba di Al-Sayl Al Khabir, dikenali sebagai Miqat (tempat bermula haji dan umrah). Jadi disini kena berhenti pakai ihram, dan niat dan dah kena start pantang larang dalam ihram tu. Pantang larang dia apa? kenala p baca, saya pun tak ingat sangat. he he he


Bertolak Khamis kul 630pm, kami tiba di Sayl Al Khabir jam 11am esoknya. Wohoo, sakit gak tulang belakang, mujur naik Ford Edge, selesa.  Di sini, ada sebuah motel murah yang menyediakan tempat persalinan dan mandi mandi seblum pakai ihram, kain ihram juga saya beli kat sini jer, senang, banyak kedai dan banyak choice.


Ni bilik motel yang kami sewa, dapat lump sum sewa SR100 untuk 4 bilik selama sejam. ok la


Di Sayl Al-khabir ni juga, kami singgah di masjid untuk solat sunat ihram, iaitu solat sunat selepas pakai ihram




Lupa pulak nak amik gambar hotel, kami menginap di hotel Makarim, lebih kurang 200meter daripada Al-haram, cek in bilik dulu dan bergegas nak menunaikan Solat Jumaat dan umrah. Tapi parking agak jauh dari hotel, kerana kebanyakan hotel kat sini memang takde parking, kene park away from Al-Haram kat designation parking dia and naik teksi dari situ balik ke hotel, teksi memang banyak, so no hal lah.


Saya punya personal guide untuk umrah edisi 2014 ini, Haji Fauzi, ha ha. Kalau kat Malaysia susah nak dapat personal guide camni. Terima kasih Haji Fauzi atas segala tunjuk ajar cara tunaikan umrah. Insha Allah rukun semua terjaga. Memang dia jaga saya sorang, tu yang bes, orang lain, ada la senior lain yang temankan. he he he


Sampai sahaja di Al-Haram, Masha Allah, pastilah cari kaabah dulu, memang kali pertama tengok, rasa terkejut, dan sukar nak gambarkan perasaan tu. Kiblat kita semenjak kecil, kini dah di depan mata. Masha Allah, memang terharu, saya pesan kepada pembaca, pergilah tunaikan umrah, simpanlah segala alasan kita, saya yakin kebanyakan rakan rakan saya pasti dah mampu nak sampai ke sini.

Sampai saja di Al-Haram, saya terus menunaikan tawaf 7 pusingan sehinggalah sampai waktu solat Jumaat. Saya tawaf di atas platform yang baru buat tu, sebab tanak bersesak kat bawah, ini strategi senior senior Sadara, kita layan jelah. Time kutbah Jumaat pun, tawaf continuos, takpe la kut since tapaham kutbah Bahasa Arab and boleh je dengar kutbah sambil tawaf.


Sini ialah Bukit Safa, kalau tengok, dah tinggal puncak bukit, badan bukit dah disimen menjadi part of Al-Haram. Saya amik gambar ni dari floor atas. Di sini, kita menunaikan Saie, iaitu 7 kali berulang alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwah. Masih ingatkah kisah Siti Hajar berulang alik diantara dua bukit ni? Tanya saya kepada pembaca dan kepada diri saya juga :)



Di sini pula ialah Bukit Marwah, kat sini bukit rendah sikit, jadi kita boleh rehat di sini dan bertafakur mengingati sejarah Siti Hajar berlari lari mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. Saya berlari dalam aircond ni pun dah penat, boleh tahan gak jauh antara dua bukit ni, tak tahulah camna Siti Hajar dahulu. Masha Allah, sama sama kita menghayati betapa agungnya kasih seorang ibu kepada anaknya.

Nah, bagi link sikit sejarah Siti Hajar dan air zam-zam untuk refresh minda.

http://pelitapusaka.blogspot.com/2012/07/nabi-ibrahim-dan-sejarah-air-zam-zam.html


Di sini Bukit Safa tadi, amik shot depan bukit dia pulak. Dah tutup dengan pagar tak macam kat Marwa. Selesai sahaja Saie, ada pulak budak kecik Arab datang bawak gunting nak buat tahallul, iaitu cukur rambut, saya pun hulur jelah kepala, kasi peluang kat dia. Tapi tak sempat lah nak cukur satu kepala macam biasa orang buat time umrah, takpela, maybe next time plak.

Selesai tawaf, saie dan tahallul, selesailah sudah rukun umrah. Tawaf wida' is sunat sebab kami bermaustatin di Saudi, jadi saya skip dulu. Saya amik kesempatan berjalan dekat sikit ngan kaabah, ke arah Hajarul Aswad, tapi memang tak dapatlah, kat Hijiril Ismail ni pun tak sempat nak masuk. Di dalam Hijiril Ismail ini juga dikatakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa.



Sini pulak stesyen air zam-zam, memang banyak station ni dalam Al-Haram, kat sini pihak Saudi dah proses air zam zam masuk water cooler dan keluar dari paip sejuk-sejuk, memang sedap rasa dia. Saya minum banyaaaaaak sangat. Rasa dia enak, lain dari lain, jauh beza ngan air zam zam botol kat Malaysia. Saya sampai di sini demam sebab penat travel, dengan kuasa Allah, rasa sihat balik sakit tekak saya semua selepas minum banyak air zam zam kat sini.



Gambar ni saya zoom dari jauh je kat Hajarul Aswad tu, tengok memang ramai orang, jadi tader kesempatan nak pegi cium.



Setel semua benda, esoknya kami bersarapan di Restoran Malaysia D'Saji, hohoho, memang best lama tak makan masakan Malaysia, nasik lemak ni pun rasa sedap kaw kaw. Padahal nasik lemak biasa je.

Seronok makan kat sini, sambil sambil tengok jemaah haji Malaysia yang hujung hujung tu ada lagi, suke bile tengok makcik makcik Malaysia dan petugas tabung haji ramai lagi. Mana ada orang tua Malaysia kat Jubail kan.



Ini ialah Royal Clock Tower yang jadi mercu tanda baru Al-Haram, sesetengah orang mengatakan dia mengalihkan pandagan kita daripada Kaabah, bagi saya, tak sangat la, sebab bila dalam Al-Haram, tak nampak sangat tower ni, cuma kat luar masjid je dia nampak obvious. Still a great tower tough, tinggi bleh tahan.


                        Ini lak gerbang entrance no1 ke Al Haram dari royal clock tower tadi  

             Makarim hotel tu dekat dengan Royal Clock Tower, belakang dia..jalan sikit la

                   Burung burung kat sini memang diorang bela dan bagi makan, jinak gak


                                Balik daripada Mekah, ternampak view kemah di Mina


Gambar ni nak question minda sikit, with all the money in Saudi, banyak lagi petrol station yang cikai camni. Pelik kan? Datang sendiri ke Saudi dan anda akan terkejut dengan banyak benda yang kita tak sangka selama ni.


Okeh, ini pulak perjalanan balik, dah nak sampai Riyadh, kene panjat bukit. Rupanya Riyadh ini ialah sebuah negeri yang berada di atas bukit. Kalau tengok bukit bukit dia ala ala Grand Canyon gitu. Kalau Bahasa melayu dia "ngarai" ha ha ha. It reminds me to abah-abah dan sesawang. He he.

Alhamdulillah, dah tertunai salah satu rukun Islam, cuma masih tak sempurna lagi sebab tak tunaikan Haji lagi. Insha Allah, ada rezeki, nak tunaikan dalam setahun dua ni. Mudahnya nak ke Mekah di Saudi ini. Alhamdulillah....

Till next post..



Sunday, 19 October 2014

Dhahran Mall & survey kereta sikit sikit

Assalamualaikum..

Apa khabar para pembaca yang dikasihi sekalian? (macam ramai follower je..hehehe). Nak cerita sikit pengalaman semalam ke Dhahran. Di sini ada tiga bandar besar yang bersebelahan semuanya iaitu AlKhobar, Dhahran & Dammam. Kalau kat Malaysia mungkin macam Petaling Jaya, Kelana Jaya & Subang Jaya (agaknya). Tapi apa yang saya boleh conclude kat sini lebih kurang camni;

1. Dammam - ada international airport
2. AlKhobar - sempadan Bahrain, macam butterworth nak pegi Penang
3. Dhahran - banyak shopping mall dan kawasan elit

Kami ke Dhahran sebab nak survey kereta. Dalam group batch baru ni ada lah 2-3 orang peminat Mercedes, so kami aim nak ke kedai Mercedes. Kedai kereta kat sini bukak pukul 4pm onwards during weekend. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya kat Saudi, bila dah senja dan ke malam, lagi happening, orang suka keluar malam atas faktor cuaca panas dan juga menghormati waktu Solat. So lepas Isyak lebih preferable keluar. Sebab semua kedai akan tutup pada waktu Solat. So kalau keluar time siang akan terkejar kejar nak ke kedai in between waktu Solat. Yang bagusnya, you also have nothing to do, nak p kedai mana mana, tutup je semua, so better p Masjid. Bangga saya nak bagitau, semenjak kat sini, saya banyak solat berjemaah di awal waktu :)

Okey, sambung cerita Mercedes tadi, ada dua orang kawan yang macam serius nak beli iaitu Asrul dan Bond. Saya? macam biasala, just a car enthusiast dan suka tengok tengok kereta for fun. Harga Mercedes kat sini saya boleh kata ianya separuh daripada harga kat Malaysia and quite affordable for Malaysian Expat tak kisah technician or engineer.

                                                                     Mall entrance
                                         

                                                   Banyak kedai makan best best dalam ni

                                              Asrul kat belakang a.k.a Selfie-Master!

          Sapa pandai, teka nama restoran ni, klue:ada branch kat Gurney Plaza & Suria KLCC

                                   Lepas minum kat Cafe Liwan, geng bujang yang tak bujang

                                                               Opposite ngan IKEA je

                                   Kereta idaman kat Malaysia dulu, sekarang maybe tak lagi

                                                Mercedes GLK harga SR 150K.

                                                           A250 harga SR146k

                       Yang ni Bumblebee 2nd hand kat tepi kedai Mercedes, harga SR98k

Kat Mercedes ni yang popular ialah S-Class, E-Class & ML. C-Class macam takda jual je, too small for Saudi agaknya. E-Class pun quite affordable sell at SR200k. AMG series pun banyak display kat sini.

Ada satu lagi kedai kereta 2nd hand kami masuk tepi kedai Mercedes iaitu kedai certified pre-owned Chevrolet & GMC. Di sini mereka recond balik kereta American muscle & SUV banyak banyak tu dan jual pada harga berpatutan dan siap ada one year warranty! not a bad deal. Ada sebijik GMC Arcadia (SUV) saya agak minat dijual pada harga SR 58k. Macam berbaloi gak la. Apa pun, saya masih belum buat keputusan tentang kereta apa yang saya nak beli. Yelah, banyak lagi benda lain nak kene buat, Iqama & driving license dahulu. Baru boleh beli kereta. Nak apply loan pun hanya boleh apply lepas confirmation company in 3months tu. For now, maintain with Altis mantap saya dulu lah! hehehe. Apa pun kat sini, yang agak popular ialah SUV 7 seater besar gedabak tu. Hampir semua Malaysian expat pakai. Menurut mereka, senang nak travel jauh ke Mekah & Madinah, tak penat sangat & rasa selamat bila atas jalan sebab orang kat sini bawak kereta macam gila sikit.

Okey guys, see you all till next post~~

p/s : Restoran tadi ialah Chilis :)

Friday, 17 October 2014

Al Fanar apartment - Bandar Jubail

Assalamualaikum...

Happy weekend semua as always. Its been a while since saya update blog ni. Yup, after went to Madinah earlier this month, sure everything else seems pretty not much interested to be update kan?

Haha, anyway actually saya dah pindah keluar Al Farouq hujung September, dan this post kira dah macam outdated sebenarnya. But the journey need to be recorded and life goes on. Tanggal 01/10, saya pindah masuk ke Al Fanar service apartment. Apartment ni berada di jalan King Faisal, which is a version of outer ring of Bandar Jubail. Jadi nak pergi kerja ke tapak office di Sadara kira agak senang dari sini.


Keluar je dari Al Farouq, saya dan Asrul sewa sebuah kereta Toyota Corolla Altis, sebulan rate dia SR2400 sahaja. Agak murah sewa kereta di sini berbanding di Malaysia. Seingat saya kat Malaysia RM2500 will only let you rent a Myvi. Antara benda yang penting untuk sewa kereta ini ialah kena ada International Driving License. Kereta sewa, memang banyak. Macam macam choice ada. Saya kenal seorang kawan kat sini yang dah sewa kereta selama setahun!! Malas nak komitmen beli kereta katanya. Fikir balik, not bad idea gak. Apa pun, target nak beli SUV yang besar besar tu mcm dah tersemai, kita tengok la rezeki camna nanti.

Apartment baru saya nama dia AlFanar. Sewa SR5000 sebulan. Agak mahal, boleh je lagi nak cari yang murah. Tapi since kami nak yang senang yang fully furnished and ada wifi so on, jadi malas lah survey lain. Furthermore, haritu keluar dari AlFarouq pun agak rushing dengan nak gi Madinah lagi. Harap, tempat ini temporary jelah. Nanti dah bawak family, Insha Allah saya nak cari tempat yang selesa untuk kami sekeluarga.




I miss my family so much. Rindu my wife and kids. I pray my decision to be here is for the betterment of our family. Tak sabar nak balik Malaysia, and tak sabar nak bawak diorang datang sini. The visa process will took a while since Iqama process saya pun still tak abis lagi. Apparently, untuk siapa yang masuk Saudi as title Engineer kena register with Saudi Council Engineer sebelum boleh proses Iqama. Proses tu yang melambatkan keadaan and tak ramai yang masuk sini as title engineer rupanya so tak ramai yang kena register SCE ni. Harap para pembaca sudi tolong mendoakan proses settling down saya kat sini lebih mudah dan saya dapat bersama keluarga dengan secepat mungkin.

In any case, jumpa lagi lagi di post yang akan datang~




Monday, 6 October 2014

Madinah Al Munawwarah

Assalamualaikum..

Sebagai umat Islam, dah tentu nama Madinah tidak asing lagi untuk kita semua. Di sinilah rumah dan tempat bersemadinya Rasullullah S.A.W di Masjid yang kita kenal sebagai Masjid Nabawiyah. Orang arab di sini lebih mengenali Masjid ini sebagai Al-Haram.

Memandangkan Iqama saya masih belum diperolehi, jadi tak dapatlah apply exit visa untuk balik Malaya leave me stranded for the raya holiday, jadi eloklah saya ke sini mengambil kesempatan jemaah haji masih wukuf di Arafah, sudah tentu crowd di Madinah tak ramai sangat.

Nak drive ke Madinah, tak berani sebab baru lagi sewa kereta dan lesen pun takda lagi. So saya naik flight lah ke sana dengan FlyNas, which is the Airasia version of Saudi. Ke Madinah, saya ditemani oleh Asrul, housemate di Al-Fanar apartment.


Perjalanan dari Airport ke Hotel, kami lalu di Jabal Uhud. Di sinilah tempatnya perang Uhud yang menyaksikan kekalahan pihak muslimin. Memang cantik bukit ni, tak pernah tengok di mana mana tempat bukit seperti ni.


                                     Masing masing dok poyo selfie gaya gen-Y kononnya
                         





Crowd di masjid Nabawi tak ramai sangat, kire okey la. Kebanyakan orang di sini ialah orang tempatan atau orang luar yang kerja di Saudi memandangkan semua jemaah haji yang berjuta juta tu berada di Arafah ketika ini. Jadi kemungkinan nak jumpa orang Malaysia sangat tipis. Saya ada jumpa sorang brader yang kerja di Aramco Jeddah, selain dari tu, memang tak jumpa sapa.


Suasana di hadapan makam Rasullullah S.A.W dan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab. Trafic kat sini one way, masuk dari pintu kanan Babus-Salam dan keluar di pintu kiri. Kalau ikut adab di sini, lalu di depan pintu makam Nabi, berhenti dan beri salam kepadanya.

Saya juga dapat rezeki masuk di Ar-Raudhah, iaitu kawasan kecil diantara makam Rasullullah S.A.W dan mimbar asal Masjid Nabawi. Dikatakan di sini, ialah taman syurga iaitu tempat segala doa akan dimakbulkan. Boleh google sendiri hadis yang berkaitan. Memang sesak dan susah nak masuk, cuma bila dah kat dalam, tak terambil pulak gambar sebab dah menghayati suasana di situ.


Di perkarangan masjid, kalau perasan, kanopi besar tu semua kuncup tak bukak lagi. Masa dia bukak, memang amazed with the man-made marvel. Hebat engineering dia. Gambar ni ada pakcik Pakistan tolong shoot sebab Asrul sudah hilang tah ke mana. Haha



Keluar dari Ar-Raudhah, ada rezeki, saya di izinkan Allah untuk Solat Subuh di hadapan Makam Rasullullah S.A.W. Saya juga dapat Solat Raya di dan dengar takbir raya di perkarangan masjid.


Pulang dari Madinah, kami singgah di Masjid Quba. Ini ialah masjid pertama yang Rasullullah S.A.W bina di Madinah. Fadhilat solat di sini sama seperti menunaikan 1 kali umrah. Jadi, memang wajib la datang sini, nak nak pulak saya tak pernah buat umrah lagi.


                                                Ini hadis berkaitan fadhilat dia


Balik dah, transit di Riyadh, air mineral free di airport. Amik jer

Keseluruhannya, perjalanan ke Madinah memang pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia mengingatkan saya kembali kenapa saya terima kerja di bumi Arab ini. Alhamdullillah, this is the perk yang kita susah nak dapat di tanah air kita. Insha Allah, saya harap dapat kembali ke sini kembali bersama keluarga tercinta.

Salam dari perantauan...