Tuesday, 1 September 2015

Perkara yang tak disukai di Saudi Arabia

Assalamualaikum...

Selalunya dalam semua post, banyak perkara yang positif dan enak enak yang saya ceritakan. Fikir balik, rasa macam tak adil la kalau tak cerita apa yang tak bes kat Saudi ni. Mana la tau if ada sapa yang follow blog saya dan buat jadi benchmark untuk rujukan ke sini, you all kena tau jugak la apa yang tak bes which is banyak jugak sebenarnya.

Satu lagi sebab saya tulis dalam Bahasa Melayu, senang saya nak tujukan post saya untuk audience orang Malaysia sahaja, sebab belum tentu apa yang saya tulis orang tempatan atau orang antarabangsa lain suka nak baca.

Summarize on main thing yang saya tak suka;

  1. Kelembapan perkhidmatan kerajaan - segala urusan yang melibatkan kerajaan, sangatlah perlahan macam kura-kura galapagos. Perkara yang paling menyusahkan ialah urusan passport dan iqama. Disebabkan iqama ini expired setiap tahun, jadi saya kena deal dengan bende ini yearly basis.
  2. Keperluan untuk exit visa - ini satu sistem yang sangat menyusahkan expat. Bila dah masuk Saudi, dia tak kasi keluar pulak melainkan dengan visa exit. Visa ni pulak diuruskan dengan kelulusan syarikat. Dengan kata lain, pihak syarikat ada kuasa tanak kasi keluar negara dan paksa kita jadi kuli mereka. Ini ialah sistem yang dibenarkan oleh kerajaan kepada syarikat, macam depa delegate power la. Saya masih lagi memikirkan apa la jadahnya signifikan sistem ni. Untuk syarikat besar, mungkin takda masalah, sebab mereka beretika, tapi syarikat manpower supply yang kecik2, banyak ambil kesempatan atas sistem ni dan memaksa pekerja mereka kerja sepanjang tahun tanpa cuti. Apa pun, urusan mengeluarkan visa/iqama semua ini sangatlah perlahan tahap perjalanan mikroorganism ameba.
  3. Sikap prejudis warga tempatan. Golongan tempatan ni kebanyakannya tak suka privelege mereka diganggu rakyat asing. Contohnya, ada bank tertentu yang mereka rasa khas untuk rakyat dia sahaja, tapi by konsep, diorang taleh nak blok orang asing dari bukak akaun, jadi dia akan susahkan la kita bila nak bukak akaun, contohnya cakap sistem down, lambat lambatkan urusan orang lain, kasi special number untuk mat saleh dan warga tempatan. Begitu jugalah dengan sekolah tertentu atau kedai tertentu.
  4. Kemudahan tandas/surau untuk wanita kurang di jalan raya, tak macam kat Malaysia. Percaya atau tidak, kaum wanita lagi senang nak solat on the road di Malaysia compare di Saudi, pelik kan. Dengan kata lain, hak kaum muslimah tak jadi keutamaan di Saudi.
  5. Sampah merata rata. Pernah pergi KLCC time cuti raya tak? Ramai golongan asia selatan dok ludah sana sini kan? Imagine that for daily basis. Mentaliti mereka ni tak sama tahap mentaliti orang negara maju. Ingat tak Malaysia pada tahun 80an, 90an? orang suke buang sampah luar tingkap kereta? haaa..tahap tu lagi la diorang ni..
  6. Taksub kat Mat Saleh kat tempat kerja, asal apa Mat Saleh buat, semua betul, yang bodo pun depa ingat pandai. Tapi ini biasalah, kat Malaysia pun sama. Positifly kita selalu jumpa Mat Saleh ni hari hari, so balik Malaysia jumpa diorang jadi tak jakun dah.
To be fair, banyak juga positif side kat Saudi ni terutamanya gaji sedap, cukai takde, solat berjemaah selalu, atm machine drive thru, makanan variety banyak, orang Malaysia dihormati, n many more. Apa pun inilah give and take yang perlu dihadapi bila tinggal di luar negara. Tak ada benda yang sentiasa bes dalam dunia ni, nak sedap something, kenalah givap something. Yang penting, dasar tidak memberi tahi (don give a shit) terhadap perkara perkara yang menyusahkan itu perlu diamalkan supaya hidup kat sini rasa aman damai. 

Tuesday, 25 August 2015

Hana 1st day at School

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan Hana. Sebagai seorang ayah, ia merupakan satu lagi langkah fasa dalam kehidupan. Berkahwin > Dapat anak > Anak ke sekolah...

Cabaran untuk menentukan hala tuju masa depan anak2 semakin dirasai. Alhamdulillah, kat sini ada rezeki persekolahan anak ditanggung penuh oleh syarikat, kami menghantar Hana ke Mariya International School. Sekolah ini berlandaskan British syllabus. Harap2 permulaan yang baik hari ini dapat membentuk peribadi dan sahsiah Hana jadi insan yang berguna, apa lagi yang kita harapkan kalau bukan yang terbaik untuk anak-anak kan..



Kat Mariya School ni studentnya tak nampak majority nationality mana. Ini disebabkan terdapat ramai student arab non-saudi, dari egypt, lebanon, syria etc. Ramai juga student Malaysia dan Pakistan kat sekolah ni. Di Saudi ni, memang semua expat tak dapat hantar anak ke sekolah kebangsaan Saudi, tatau la sama ada tak boleh secara legally, or anak memang tak boleh survive kat sana, tak pasti pulak.


Rutin untuk 1st day sekolah ini ialah nak memastikan anak dapat naik bas sekolah yang betul, selamat sampai ke sekolah, dan selamat pulang ke rumah. Ini disebabkan, kita tak biasa dengan sistem kat sini. Tambahan pula, sekolah ni merupakan tempat yang sangat secure, orang luar tak boleh senang2 masuk termasuk ibu bapa. Bila student kluar je dari rumah, naik bas sekolah, memang systematically, kita tak nampak dah anak sampai la dia balik semula kat gate rumah.



Untuk hari pertama, kelonggaran diberikan kepada para ibu untuk menemani anak masing2 dalam kelas. Jadi saya pun kenalah teman budak Khalif ni kat luar sementara mummy jengah Hana dalam school building. Para bapa pula tak dibenarkan masuk sama sekali.

Oh ya, Hana sekarang masuk KG2 (kindergarten 2) untuk umur 4 tahun. Paling muda kat Mariya school ini ialah montessori/KG1 start umur 3 tahun. Umur 3 tahun saya dulu hanyalah main guli dan panjat pokok rambutan, zaman dah berubah sekarang. Tambahan pula kat sini, persekolahan lagi advance banding kat Malaysia. Nak enroll pun kene interview dlu.

Pesan saya untuk Hana (semoga hari dia yang akan paham baca tulisan kat blog saya ni tiba) belajarlah rajin2 dan jadi anak yang berakhlak, harapan saya tak tinggi, cukupla jadi anak yang baik dan insan yang berguna...Insha Allah..kalau akhlak dah baik, dah tentu yang lain lain akan datang dengan secara semulajadi..Doa doakanlah~



Friday, 21 August 2015

Nukilan Off Day




Assalamualaikum...

Off day sekarang merupakan satu benda yang sangat berharga. Memandangkan kerja-kerja kat plant semakin banyak, saya diminta masuk kerja setiap hari Sabtu which mean kena kerja 6 hari seminggu. Jadi yang tinggal off-day hanyalah hari Jumaat.

Ini merupakan satu benda yang agak mencabar buat keluarga memandangkan di Saudi ini, semuanya bergantung kat husband/father untuk segala urusan. So semakin sikitlah masa bersama keluarga. Oleh itu off-day yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana makin sikit satu benda tu, makin la berharga nilainya macam makan ayam KFC, yang hujung2 tu sure lah kena makan slow2..(logik apa ni)




Layan budak2 time off day. Mummy dah tumbang penat memasak. Sebagai husband mithali kononnya, kenalah saya cuba occupy kan time diorang nak bagi mummy rest. Believe or not, jadi fulltime housewife ni lagi mencabar daripada kerjaya opis dia masa kat Malaysia. Sepanjang masa dihabiskan dengan budak2 ni.



Sambil2 layan diorang ni saya goreng Samosa. Brand Al-Kabeer ni ada macam2 barang dari samosa, popia, kebab, drummet dan pelbagai lagi. Selalunya semua barang dia sedap.

Okey, entri pendek je sebab kena layan budak. Happy wiken all~

Saturday, 8 August 2015

London - Paris 2015~


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini ialah mengenai percutian kami yang julung kalinya ke London-Paris. Alhamdulillah, rezeki yang ada dapat digunakan untuk percutian idaman kami ini. Lumrah rakyat Malaysia, kalau bercuti keluar negara mesti nak ke London, mungkin masih dijajah mentaliti oleh British he he. Kalau tak percaya, cuba tanya rakyat Indonesia, mereka suka bercuti ke Netherland pulak..

Entry kali ni agak panjang, nak buat macam travelogue lah kononnya kan. Saja nak detail kan sikit, senang untuk saya throwback good old times di kemudian hari...


Personal favorite saya gambar ni, nothing fancy, simple tepi jalan je, tapi layout rumput dengan pagar itu membuatkan ciri ciri bandar London terserlah dalam gambar ni. Lokasi :- berdekatan dengan hotel tempat kami menginap..



Bus stop dan subway station (lebih dikenali dengan London Tube). Pengangkutan awam mereka memang cekap dan cemerlang. Bas datang boleh dikatakan setiap 5-10minit, dan subway plak hampir setiap minit! Duduk kejap je sampai lah tren baru, so tapayah la nak kejar kejar lari anak.

Kalau tengok signage bulat lambang stesyen itu, dah turun temurun mereka guna lambang tersebut dan merupakan trademark London Tube. Terdapat juga Museum of Transportation yang ada menceritakan pasal sejarah railway dan tube mereka ni, tapi saya tak sempat nak kunjung.


                                   St James Park, berdekatan dengan Buckingham Palace

                                               
                                               Hyde Park, berdekatan Marble Arch

                                       
                                         Kensington Garden, berdekatan Kensington Palace

Terdapat banyak Park/Garden/Taman dekat London ni. Banyak leisure time selepas ke tempat tempat yang kami kunjungi kami selangi dengan acara melepak kat taman ni. Suasana kat taman diorang ni sangat meriah. Sepanjang masa ramai orang lalu lalang, berjoging, walk the dog, leisure walk dan macam macam aktiviti. Taman yang terjaga mcm ni kalau kat Malaysia dah tentulah jadi tempat muda-mudi berdating dengan gejala sosial, tapi kat London budaya tak sebegitu. Saya teringat percutian ke Bali dahulu, kalau ada leisure time, saya akan lepak di Pantai Kuta, tapi di London, leisure time ialah lepak di taman which is a nice experience..


Ini pula ialah Kensington Palace tempat tinggalnya Prince William & Kate Middleton yang telah diorang bukak kepada public. Kensington Palace ni ialah tempat asal turun temurun British Royal semenjak zaman Queen Victoria I. Kalau ikut history, Palace ni antara terawal dalam sejarah diorang before depa move to Buckingham. Since kita dah boleh lawat palace ni, rasa pelik lak, kat mana perginya Prince William/Kate Middleton? Sure tak dok kat sini dah kan..

By the way ada banyak lagi Palace/Castle kat London/UK ni. Sapa kaki minat history boleh la p explore semua...



Hari ke 4 kami kat London, mummy dah pancit sebab hari ke 2-3 agak harsh, kami stress out all the way from London to Paris. Jadi tinggallah saya dan Hana keluar berdua. Seronok la dia jadi model kamera of the day. Semua gambar dia jadi model kat semua tempat yang kami pergi. Saya memilih untuk ke kapal HMS Belfast which is a battleship yang diorang dah transfer jadi museum (pilih sebab tau dah wife tak minat mende ni..he he)

Sapa pernah tengok Saving Private Ryan? Anda pasti tahu pasal battle of Normandy D'Day. Ia merupakan battle yang paling epic dan notable dalam sejarah WW2. Kapal HMS Belfast ini antara yang survice that battle and Royal Navy British still guna kapal ni until Korean War during 70s. Masa atas kapal ni saya nampak ada pakcik tua dok pakai uniform sailor, rasanya mungkin war veteran yang still emotionally attached kat kapal ni kan..I feel you, uncle...

Hari ke-2 kami kat sana, opss, sorry tak ikut chronology, kami buat day trip ke city of love, Paris. Nama ja city of love, tak nampak apa yang love nya. Trip ni dinamakan trip asal sampai sudahh, at least thats the original idea. Tapi bile dah sampai seronok jugak la jalan kat sini kan. Typical/stereotype activity yang kami buat ialah amik gambar kat Eiffel tower, Louvre museum dan Arch de Triumph..haha so typical. Apa pun, trip ke Paris agak enjoy sebab saya memang sukakan architecture & history.

                                     
                                    Gambar yg official ada, tapi saja taruk gambar ni..he he

                              Syurga kaki handbag ada kat sini, area Champ de Elysse


Jambatan yang penuh padlock cinta kita selalu tengok dalam movie tu kan. Sorry tatau apa nama jambatan ni, tapi Majlis Bandaraya Paris (MBP, kakaka) dah buang buang semua padlock tu dan ganti dengan plain wall kerana serabut!! Diorang tak promote pun budaya padlock tu, tapi for some reason semua orang dok obsess with it. Bila dah letak plain wall, jadi tempat grafiti lak..haii, macam macam la kan.


Kami juga melawat Westminster Abbey, which is official Royal church for wedding dan King's coronation. Dalam movie King Speech, ada scene Collin Firth duduk atas King Edward's chair yang digunakan sebagai kerusi rasmi coronation. Last ceremony diorang buat kat sini ialah wedding of Prince W & Kate M. Church ni jugak dah berusia 1000 tahun+. Menarik tengok camna diorang maintain preservation of the old architecture tanpa renovate anything which will make it looks modern. Jangan risau, akidah saya masih kuat walaupun melawat tempat ni. Jangan jumud okey!




Okey, kerana ada permintaan untuk itinerary, dilampirkan di sini summary itinerary kami ke London. Terus terang saya cakap, takde itinerary pun yang saya buat. Ini hanyalah summary tempat yang kami pergi, semua main plan dalam kepala je sebab London ni sangat mudah. Dah sampai kat sana pun boleh google n fikir fikir mana nak pegi. Plan gempak gempak pun tak guna sebab bila travel dengan family, anak anak penat, lapar dan sebagainya akan jadi keutamaan kita. Tak sama mcm backpackers yang nak maximize semua tempat yang diorang nak pergi. Cuma satu tips saya, dok dekat area Malaysian Hall kitchen, senang sikit nak makan (kami tak suke middle east cuisine sebab dah bosan) dan satu lagi pastikan hotel ada wifi, senang nak google maps tren & bus apa yang nak digunakan before keluar hotel, so tayah la subscribe data roaming yang da bomb mahal ittew.

Kalau ikut minat saya, tentulah semua museum saya akan pergi, tetapi kena mix jugak lah dengan keutamaan keluarga. Bila dah campur-campur beginilah hasilnya kat bawah he he:-

Day 1 - Arrived at Thistle Hyde Park
Day 2 -Collecting London Pass at Charing  Cross Station
-Tour area Trafalgar Square, St  James  Park, Buckingham Palace
-Tour at Oxford street & Marble Arch  Ferris wheel-Travel to Paris!
Day 3 -Hop on & Hop off bus at Paris
-Tour at Eiffel Tower
-Tour at Champ de Elysse
-Tour at De Louvre (tapi tak masuk  muzium tutup  hari Selasa)
-Back to London!
Day 4 -Start using London Pass (Day 1 of 3)
-HMS Belfast battleship
-Borough Market
-Kensington Palace
Day 5 -London Pass (Day 2 of 3)
-Westminster Abbey
-Thames River Cruise (Hop on & Hop off one day)
-Big Ben, London Eye, Southbank walk, Tower of  London, Tower  Bridge (semua tak masuk, tengok  aja)
Day 6 -London Pass (Day 3 of 3)
-London Zoo
-dah pancit, lepak Kensington Garden je time  petang..ha ha (banyak lagi tempat tak  pegi..hmmmm)
Day 7 -Shopping time at Bicester Village 
-Lepak Hyde Park, prepare mental nak balik  Saudi..hoho
Day 8 - Back to home sweet home Jubail!

Apa pun percutian ni memang merupakan therapy yang tepat kami perlukan bila dah dok kat Saudi ni. Sebagai menghargai pengorbanan keluarga bersama saya, I think this is the least I can do for them. I love you all with all my heart. Semoga dipanjangkan umur untuk percutian seterusnya~~


Friday, 7 August 2015

Eid Mubarak all~

Assalamualaikum,

Salam lebaran! apa khabar semua? harap semua enjoy Hari Raya dan saki baki syawal yang ada. Semoga raya ini jadi tempat kita bermaaf maafan sesama insan dan saling kunjung mengunjungi sanak saudara.

Raya buat keluarga kami sangat meriah tahun ini. Saya ambik cuti sebulan (the whole July bebeh!) Memandangkan rezeki tahun ni dpt cuti lebih sikit, saya pun amik kesempatan ni untuk plan vacation sekali alang alang.

Kami spend tiga minggu pertama raya di Malaysia dan abiskan seminggu kat London - Paris. Overall memang seronok! (trip London - Paris akan diceritakan dalam next entry~)



Besfren kat Malaysia, walaupun saya dah tak kerja di Kedah, tapi rumah masih di Sungai Petani dan kawan kawan kerja lama masih maintain macam dulu. Raya sayang nak pindah ke tempat lain sebab seronok tinggal kat Kedah. Oh ya, hujung ramadhan banyak saya habiskan kat rumah di Laguna Merbok dan tarawih dan moreh kat sini. Hampir setiap malam ada kawan kawan ajak moreh!



Yang ni pulak besfren UTP group gila kereta ha ha (car_crazie). Walaupun masing masing dah berjauhan dan ada komitmen dan rutin tersendiri, kami tetap maintain Iftar sebagai agenda tahunan yang wajib diadakan. Semoga friendship berkekalan sampai la kita tua bangka all~



Hana dan kawan barunya IsPanda (nama betul Iskandar, tatau kenapa dia asyik sebut jadi Panda?)


Gambar raya yang tak berapa nak jadi hasil...ha ha..memang cabaran la nak gambar famili ni bila dah berempat ni. Cabaran!!


Raya tahun ni diselitkan dengan acara merisik bakal adik ipar! Alhamdulillah, semoga menjadi dan lancar lah selepas ni



Habis cuti, seisi keluarga kami menghantar kami ke airport. Terima kasih kepada mentua saya, dan keluarga Abang Lan yang sudi melawat kami kat airport. Alhamdulillah, semoga kita berjumpa lagi!

Sunday, 29 March 2015

Madinah with family 2015



Assalamualaikum,

Bertemu lagi kali ini kita dalam blog yang biasa biasa sahaja ni. Entry kali ni berkisar pada road trip kami 5 keluarga ke Madinah. Alhamdulillah, dapat repeat trip ke Madinah, kali ni saya dan kawan kawan mengambil kesempatan pada ada sehari off day yang company bagi untuk road trip ke Madinah. 

Perjalanan memakan masa lebih kurang 14 jam in total. Kami konvoi beramai ramai untuk perjalanan ke Madinah, tetapi masa pulang dari Madinah, konvoi dah pecah ikut pacing masing masing.


                                          Our fleet 5 bijik kereta, elok lak bersusun kan


          Bersama tourist guide saudara Ahmad Khalif yang tidak henti henti menghiburkan kami



                                              Berehat di perkarangan Masjid Nabawi



                     Dapat juga Family shot kat sini, tapi si kecik tengok belakang la pulak




            Yang ni pulak gambar yang kami cari sebatang pokok semata mata nak feel life Badawi

Sepanjang berada di Madinah, agak ramai orang menegur kami dan mencium dua beradik tu. Semua seronok tengok budak budak kecik di sekitar Masjid Nabawi agaknya. Semoga mereka mendoakan anak anak kami sentiasa dilindungi Allah. Pengalaman datang sini dengan budak budak ni agak mencabar la jugak berbanding dengan saya datang seorang sahaja, maklumlah nak kena menghadap keperluan diorang ni pulak. Tetapi itu juga sebahagian daripada kemanisan beribadat di sini. Harap keberkatan dengan bawak family kat sini lebih daripada datang seorang walaupun saya tak dapat banyak masa beribadat kat masjid. Syukur sebab tengok anak-anak saya kecik kecik pun dah sampai kat Masjid Nabi yang kita cintai. Saya mendoakan agar Rasullullah S.A.W dapat memberi syafaat kepada anak anak saya dan semoga mereka sentiasa suci sepanjang hidup tak macam saya..

Suasana di Madinah amat tenteram dan damai. Seronok berada di Masjid Nabawi ni tak dapat digambarkan. Tempoh 2 hari sahaja memang tak mencukupi. Saya dok bayang kalau dapat tinggal seminggu kat sini tentu seronok. Apa pun, semoga dapat kembali ke tanah Madinah ini selepas ini. Insha Allah

Ahlan Wa Sahlan..

Friday, 13 March 2015

Kuliah mingguan KRMJ




Alhamdulillah..

Saya sudah bersama keluarga tercinta di Jubail. Beberapa bulan penantian, kini kami berempat kembali bersama. Sekarang dalam proses nak adapt dengan kehidupan kat sini. Seronoknya life di Jubail ini ialah life is so simple, tader masalah hidup sangat yang nak difikirkan. Memang rasa tenang bila family dah kat sini. Cabaran nak adapt sekarang terletak pada keluarga, memandangkan semua duduk di rumah sahaja semasa saya pergi kerja. Insha Allah semua okey, yang penting minda kena positif dan bersedia menerima perubahan.

Setiap minggu ada pengisian kuliah KRMJ, datang tak datang jer terpulang atas individu. saya pun macam dah lama memonteng, tak cukup Istiqamah agaknya, hehe. Minggu kali ini agak isitimewa dengan ada seorang Ustaz jemputan dari Malaysia. Kerana ada kelainan minggu ini, saya memutuskan untuk membawa seisi keluarga ke kuliah tersebut. Seronok tengok Hana, Khalif dan Mummy mereka bersama ke kuliah agama. Tak pernah lak kami sekeluarga sama sama ke kuliah agama semasa kat Malaysia. Harap harap lps ni dapat maintain Istiqamah!






Friday, 23 January 2015

Lama tak update~

Assalamualaikum..

Para pembaca yang dikasihi, lama betul tak update blog ni.  Sedar tak sedar December 2014 dah passed by tanpa update dari saya. Kalau lepak lama sikit lagi, January 2015 pun bakal berlalu dan mungkin sedar sedar, dah nak balik Malaysia for good baru teringat yang saya pernah start blog. Haha

In December till now, too many things happened yang patutnya saya kupaskan dalam entry yang berasingan. Tapi tulah, dah terlajak, takkan nak buat back dated entry plak kan..tak kuasa eden. Antara benda yang berlaku, saya dapat rezeki bercuti selama 2 minggu bersama keluarga di Malaysia, pergi umrah sekali lagi, dan bercuti ke Dubai bersama kawan kawan.










Apa yang saya nak rumuskan kat sini, since move out to Saudi rasa my life is much more happening. Banyak benda baru yang saya belajar dan banyak tempat baru yang saya dapat tengok. Kalau saya rajin, memang banyak blog entry saya boleh buat dan detail out things. Tapi sekarang itulah, kerja pun dah start banyak and banyak masa terluang saya kat sini dihabiskan dalam persiapan bermaustatin di Saudi, jadi saya agak sibuk sekarang..

In any case, Alhamdulillah visa family dah siap and persiapan nak bawak keluarga ke Saudi pun dah hampir complete. Insha Allah saya akan kembali ke Malaysia untuk menjemput keluarga tercinta dalam masa 2 minggu lagi. Doakan semuanya selamat..

Marhaban..