Selalunya dalam semua post, banyak perkara yang positif dan enak enak yang saya ceritakan. Fikir balik, rasa macam tak adil la kalau tak cerita apa yang tak bes kat Saudi ni. Mana la tau if ada sapa yang follow blog saya dan buat jadi benchmark untuk rujukan ke sini, you all kena tau jugak la apa yang tak bes which is banyak jugak sebenarnya.
Satu lagi sebab saya tulis dalam Bahasa Melayu, senang saya nak tujukan post saya untuk audience orang Malaysia sahaja, sebab belum tentu apa yang saya tulis orang tempatan atau orang antarabangsa lain suka nak baca.
Summarize on main thing yang saya tak suka;
- Kelembapan perkhidmatan kerajaan - segala urusan yang melibatkan kerajaan, sangatlah perlahan macam kura-kura galapagos. Perkara yang paling menyusahkan ialah urusan passport dan iqama. Disebabkan iqama ini expired setiap tahun, jadi saya kena deal dengan bende ini yearly basis.
- Keperluan untuk exit visa - ini satu sistem yang sangat menyusahkan expat. Bila dah masuk Saudi, dia tak kasi keluar pulak melainkan dengan visa exit. Visa ni pulak diuruskan dengan kelulusan syarikat. Dengan kata lain, pihak syarikat ada kuasa tanak kasi keluar negara dan paksa kita jadi kuli mereka. Ini ialah sistem yang dibenarkan oleh kerajaan kepada syarikat, macam depa delegate power la. Saya masih lagi memikirkan apa la jadahnya signifikan sistem ni. Untuk syarikat besar, mungkin takda masalah, sebab mereka beretika, tapi syarikat manpower supply yang kecik2, banyak ambil kesempatan atas sistem ni dan memaksa pekerja mereka kerja sepanjang tahun tanpa cuti. Apa pun, urusan mengeluarkan visa/iqama semua ini sangatlah perlahan tahap perjalanan mikroorganism ameba.
- Sikap prejudis warga tempatan. Golongan tempatan ni kebanyakannya tak suka privelege mereka diganggu rakyat asing. Contohnya, ada bank tertentu yang mereka rasa khas untuk rakyat dia sahaja, tapi by konsep, diorang taleh nak blok orang asing dari bukak akaun, jadi dia akan susahkan la kita bila nak bukak akaun, contohnya cakap sistem down, lambat lambatkan urusan orang lain, kasi special number untuk mat saleh dan warga tempatan. Begitu jugalah dengan sekolah tertentu atau kedai tertentu.
- Kemudahan tandas/surau untuk wanita kurang di jalan raya, tak macam kat Malaysia. Percaya atau tidak, kaum wanita lagi senang nak solat on the road di Malaysia compare di Saudi, pelik kan. Dengan kata lain, hak kaum muslimah tak jadi keutamaan di Saudi.
- Sampah merata rata. Pernah pergi KLCC time cuti raya tak? Ramai golongan asia selatan dok ludah sana sini kan? Imagine that for daily basis. Mentaliti mereka ni tak sama tahap mentaliti orang negara maju. Ingat tak Malaysia pada tahun 80an, 90an? orang suke buang sampah luar tingkap kereta? haaa..tahap tu lagi la diorang ni..
- Taksub kat Mat Saleh kat tempat kerja, asal apa Mat Saleh buat, semua betul, yang bodo pun depa ingat pandai. Tapi ini biasalah, kat Malaysia pun sama. Positifly kita selalu jumpa Mat Saleh ni hari hari, so balik Malaysia jumpa diorang jadi tak jakun dah.
To be fair, banyak juga positif side kat Saudi ni terutamanya gaji sedap, cukai takde, solat berjemaah selalu, atm machine drive thru, makanan variety banyak, orang Malaysia dihormati, n many more. Apa pun inilah give and take yang perlu dihadapi bila tinggal di luar negara. Tak ada benda yang sentiasa bes dalam dunia ni, nak sedap something, kenalah givap something. Yang penting, dasar tidak memberi tahi (don give a shit) terhadap perkara perkara yang menyusahkan itu perlu diamalkan supaya hidup kat sini rasa aman damai.