Friday, 4 March 2016

Sadara GOSI Housing ~ Lawatan mertua ke Saudi

Assalamualaikum...


Saya masih lagi di sini..Alhamdulillah, agak lama sikit tak update blog, sebab kerja bertambah sibuk. Begitulah rutin kerja Maintenance ni, tak pernah takde kerja, dah tukar company lain pun, tetap sibuk.  Apa pun syukur Alhamdulillah, masih ada pekerjaan di zaman ekonomi yang sangat mencabar ni..

Semenjak hujung tahun lepas, saya sudah berpindah ke perumahan Sadara. Memandangkan ramai kawan kawan saya berpindah ke sini, maka eloklah saya turut sama. 3 daripada kami (dulu 6 family satu building) berpindah ke apartment Sadara. 3 orang lagi semuanya turut berpindah ke Royal Commission jugak. Semua dah beralih angin, meninggalkan kenangan kenangan indah di "Mahligai" lama kami di Jubail Balad dahulu.

Alhamdulillah, apartment baru ini jauh lebih selesa dari rumah lama kami. Mungkin 3 kali ganda lebih besar. Suasana sekitar apartment ini juga lebih selesa dengan keutamaan keluarga dititikberatkan. Cuma cabarannya, Hana masih bersekolah di Mariya International School, jadi dah tukar bas sekolah, agak jauh perjalanan harian dia sekarang berbanding dengan rumah lama.

Memandangkan rumah dah sedap, dapatlah saya bawak ibu bapa mertua bertandang. Januari lepas mereka meluangkan masa sebulan di sini. Alhamdulillah, semua sangat seronok. Budak2 seronok, wife seronok, dan saya juga seronok dapat bawak pak mertua jalan2 sana sini...paling seronok, kami meluangkan masa seminggu roadtrip umrah dan ziarah..


Proses perpindahan dari rumah lama


First entry rumah baru


Suasana di luar apartment


Majlis (tempat tetamu bertandang) yang dah converted jadi toy room


Bersama ibu bapa mertua


Road trip Mekah - Madinah..singgah di Riyadh


Hana ke sekolah