Makin lama makin tumpul plak idea nak post. Okeyla, just little bit update, pejam celik pejam celik, dah setahun since London's vacation 2015. Raya baru baru ni, alhamdullilah, dapat vacation sekali lagi, kali ni destinasi pilihan ialah home of kangaroo and wallabies..Sydney Australia..
Australia ni destinasi yg pelik sikit bagi geng yg dok middle east, sebab Europe lagi dekat. Pak pak arab prefer ke Istanbul, London, Paris etc compare travel down to southern hemisphere nun. Apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia kira beruntung sebab Australia ni dekat, dan untuk saya lagi seronok sebab dapat escape summer heat arab (walaupun sekejap) dan enjoy winter kat Australia.
Ni ialah view dari balcony hotel tempat kami menginap selama seminggu. Hotel Meriton Kent's Street, satu malam dalam RM600-700, sangat berbaloi memandangkan ianya one bedroom service apartment in the heart of Sydney's central. Kalau compare kat London dlu, harga camni cuma dapat single standard room. View pun cantik dari sini, nampak Darling Harbour..ada satu malam tu, kami tengok fireworks dari balcony jer..
Sydney's icon, Harbour Bridge. saya suka cuaca masa ni, cold winter but with bright sunlight..sesuai untuk kita jalan jalan dan photoshoot.
Ni pulak tempat ikon sydney paling tak asing lagi iaitu Sydney Opera House, tah apa mende ada kat dalam dia, saya pun tak tahu.
Naik ferry pulak dari Circular Quay balik ke Darling Harbour.
Aksi nakal sikit dekat Madame Tussaud's Sydney. Dulu masa kat London, tak pegi yg London punya, sebab masa tu Hana still takut wax figure nih. Sekarang dah boleh laa..
Di Featherdale Wildlife Resort. Kat sini memang best. Wallabies roaming around lepas camtu je, abis semua budak budak kejar mende kecik tuh. Pada sapa yg tak kenal wallabies, (termasuk saya, waktu tu) dia mcm version kecik of kangaroo...keluarga yg sama..
Haaa..cita cita tercapai kat sini, dapat pat kangaroo..jinak sangat kangaroo kat sini, sapa sapa pun boleh je pegi sentuh diorang, takda masalah..mafi mushkilaa
Area ni namanya The Rocks, iaitu bandar lama Sydney, among the oldest building in the city masa mula mula geng Europe bertapak kat sini.
Yang ni pulak Queen Victoria Building. Ala-ala Harrods of Sydney la..
Ada few tempat lagi yang kitaorang pegi, tapi malas plak nak upload pictures iaitu Sydney Tower, Sealife Aquarium, Birkinhead outlet and few places in the city.
Anyway, as normal, memandangkan ni percutian couple with small kids, kami skip banyak outdoor attraction seperti Blue Mountain Valley, Bondi Beach, The Gap, Watson Bay dan banyak lagi..Kalau nak pegi semua, memang kena stay at least dua minggu la..ha ha ha..
Alhamdullillah, kerja kat Arab ni membolehkan kami travel dan kenal dunia. Travel open our mind, give different perspective of seeing things, and make us appreciate on what we have.
Till the next post..cheers!