Assalamualaikum...
Pada para pembaca di sana, harap maaf, agak rumit sedikit nak tulis post baru semenjak pindah rumah ni memandangkan rumah kosong takda wifi lagi. Nanti dah subscribe internet, harap makin rancak sikit la blog ni.
Okeh, belated post sikit kali ni, event last week, pastilah tetap berkisar di sekitar KRMJ event. Memang bagus la KRMJ ni, sentiasa mengadakan event event yang penuh dengan pengisian untuk mengubat kerinduan kami pada kampung halaman. Event kali ni berkisar kepada bazar concept. Tempat kejadian ialah di United Beach Camp, salah satu beach camp yang banyak banyak kat sini.
Modus Operandi event ni, para ibu-ibu di sini (atau mungkin juga bapa-bapa?) yang mempunyai bakat memasak tu, akan menyediakan gerai gerai yang bertema masakan Malaysia. Fuhh, sudah pasti menjadi rebutan untuk kami memandangkan masakan Malaysia ni kira endangered species kat Jubail. Harga jualan tolak tepi, balun jer, asalkan rindu kampung halaman tetap terubat..
Motor sekadar hiasan, he he he, salah seorang bikers KRMJ
Akhirnya dapat jugak Fendi posing sikit untuk blog kali ni..ha ha
Suasana umat di dalam kawasan gerai, gerai dia indoor
Sumpah sedap nasi lemak ni
Tunggu apa lagi, balun!
Alhamdulillah makin banyak urusan yang dah diselesaikan. Hari ni saya dah dapat lesen memandu setelah dekat seminggu proses. Duit gaji pun saya dah start transfer ke Malaysia sedikit demi sedikit. Betullah orang kata, sabar kunci segalanya kat sini, little by little urusan akan diselesaikan. Sekarang dalam proses nak buat visa untuk keluarga pulak, mungkin akan ambil masa sedikit, tapi takpela, workload pun agak boleh tahan sekarang, jadi kena buat everything in slow pacing, slow slow kayuh. Apa pun, saya akan bercuti ke Malaysia dulu minggu ni. Memang tak sabar nak jumpa keluarga selepas dah 2 bulan away. Kejap je masa berlalu kan, macam baru je report duty. Sebab tulah kita kena menghargai masa kerana ianya pergi takkan kembali..