Salam 1Jubail, boleh tak? Pinjam tagline kerajaan kesayangan kita tu jap he he he. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam blog yang tak seberapa sangat ni. Nak jadi blogserius, lambat lagi lah, blog ni pun tujuan saya untuk update perkembangan saya di sini kepada keluarga dan rakan rakan di Malaysia.
Alhamdulillah, feedback yang saya terima walaupun tak ramai mana pembaca, ada yang suka baca, dan bila cerita tentang Mekah dan Madinah tu, ada jugak yang kata rasa macam berada kat sana bila baca kupasan saya, dan semangat berkobar kobar nak pegi. Saya suka feedback macam ni, hidup rasa bermakna bila kita memberi tujuan dan semangat kepada orang lain. Insha Allah, saya harap blog saya tak tersasar dari tujuan, dan akan banyak memberi kebaikan dan harap tiadalah keburukan, mintak jauh...
Kali ini pengisian blog saya berkisar kepada event KRMJ, iaitu Kelab Rakyat Malaysia Jubail. Masha Allah, aktif betul KRMJ ni. Banyak betul event yang dikelola oleh pihak kelab. Dalam masa singkat saya kat sini, dah 3 event KRMJ ada kat sini. Paling ajaib, sewaktu blog ni ditulis, dah ada promo untuk next event!! Kalau kat Malaysia, nak buat satu event pun dah puas bersilat sana sini dengan comittee, management, target audience dan sebagainya. Bukan senang untuk kita puaskan hati semua orang which is something kita rasa obliged everytime buat event. Kat sini Alhamdulillah, event KRMJ nampak sangat meriah, santai, dan penuh permuafakatan. Mungkin bila berada di bumi orang, kita lebih rapat dan we try to seek friendship among strangers, which is something yang kita tak buat bila di negara asal.
Promo melalui whatsapp/telegram/email
Last makan nasik lemak kat D'Saji haritu, kalau nak banding, yang ni lebih sedap!!
Main chess tu budak budak ni, mantap!!
This picture dont do justice to the numbers of the food, banyak sebenarnya!..tak sempat ambik angle cantik sikit
Golongan ibu-ibu beramah mesra, dari air muka masing masing, nampak happy diorang kat sini, harap keluarga saya pun akan happy macam mereka. Insha Allah.
Paling seronok datang event ni ialah boleh tengok ramai anak anak bermain, seronok. Maklumlah, saya rindukan anak anak di Malaysia
Ciku cak, hensem abang ni, makan pun boleh posing
Geng-geng macho Sadara
Ijo dan Fendi, sorry Fendi, takda gambar yang posing hensem macam Rosli tadi, next blog pulak okey!!
Yang ni, fuhhhh, dok Kedah dulu pun jarang nak jumpa, kat Saudi, lagilah rare!! sedapnya nasik dagang ikan ayer...menjilat jari
Suke candid gambar camni, nampak kasih sayang seorang ayah..
Yang ni kira kanak kanak yang dah nak masuk remaja..ramai gak geng diorang ni
Haaa, yang ni paling rare dalam event ni. Pertemuan kembali dengan sahabat lama di Kedah dahulu. Such a small world. En Shahrulzaman ni dulu Manager Electrical di syarikat lama saya, sekarang dah keje ngan Satorp. Seronok jumpa kawan lama ni, sebab sangat rare saya nak jumpa orang yang saya kenali kat Jubail, maklumlah, tak ramai dari syarikat lama di Kedah ke Jubail. Kalau geng Kerteh tu, biasa ja bagi diorang, memang majoriti ramai kawan kawan kat sana, senang diorang nak jumpa kawan lama, saya pulak tak macam tu. Syukur Alhamdulillah, harap Encik Shahrulzaman ni sihat sihat selalu, nampak keceriaan dia di sini. Alhamdullillah, saya makin positif bila jumpa orang yang positif, dapat vibe yang bagus.
Event hari ni sangat menyeronokkan. Di harap panjang umur boleh lagi bertandang di event KRMJ yang seterusnya. Insha Allah...
No comments:
Post a Comment