Assalamualaikum..
Penatnyaaa. Itulah frasa terbaik nak diucapkan sesuai untuk situasi saya. Alhamdulillah, sampai juga saya di tempat yang dituju. Memang penat. Total travelling time hitung dari keluar rumah di Laguna Merbok hingga sampai ke Apartmen di Jubail ialah sekitar 60jam. Sampai sahaja di AlFarouq compound ni, saya terlena selama 6 jam.
Semalam, Emirates masih screw up arrangement travelling saya. Next available flight hanya ada pukul 730pm. Haish, penat je kluar hotel Marriot subuh subuh. Untuk membunuh masa yang ada, saya pergilah ke KLIA2. Train ticket RM2 sahaja dari KLIA. First impression on KLIA2, it is a mall, not an airport.
Ada observation deck, boleh tengok kapal terbang kat sini
Gaya gaya I Am Amsterdam apa tah yang diorang cerita tu, saya pun tatau
Groceries pun ada, memang shopping mall, bukan airport
Dok kat sini memang macam dok kat Jusco but with luggages travelling around
Just wondering, branch sini diorang ada joget joget ke tak, sebab kecik je
RM135 untuk 5 jam, free flow makan. boleh la, daripada jalan jalan impulse buying mende lain
Ni bilik dia
Okeh, sambung cerita. Dah cukup masa dibuang, saya kembali ke KLIA untuk menaiki flight ke Dubai. Yang kelakarnya, saya boleh satu flight dengan besfren dari kecik, si Shahril ni. What are the odds. Dia on the way ke Italy ada FAT katanya. Kami lepak transit di Dubai dan window shopping sama sama. Dubai airport, takdela hebat seperti yang digambarkan. Terus terang saya cakap, KLIA & KLIA 2 lebih baik. Cuma barang di Dubai ada banyak yang murah untuk kaki kaki shopping sekalian. Mungkin kita boleh kongsi di post yang akan datang.
Sama sama dah kembang, haha
Sampai sahaja di Dammam, first impression macam biasalah, imegresen!! 2 jam setengah saya beratur. Saya berborak dengan sorang saudara dari Sudan, dia kata, this is a good day brother. Kalau weekend bleh jadi 4-5jam. wohohoho. Sesuatu yang saya kena biasakan di sini.
Pemandangan padang pasir di Dammam
Tiba di living compound AlFarouq
Okeh, next post, saya akan cerita detail sikit pasal AlFarouq compound. See ya~
No comments:
Post a Comment