Tuesday, 23 September 2014

Makan, makan dan makan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, murahnya rezeki di bumi Saudi ini. Belum sampai seminggu saya di sini, sudah 3 kedai nasi arab saya kunjungi. Terima kasih kepada senior senior rakyat Malaysia di Jubail yang sudi membawa kami dan membelanja kami di sini.

Nasi arab di sini, cukup original. Sedap tak terkata. Sungguh lain kalau dibanding di Malaysia. Kalau kambing, lembut dagingnya. Kalau ayam, lazat tak terkata. Sehinggakan bawang besar pun sedap di jamah. Tak tau jenis bawang apa. manis dan tiada rasa tengik yang selalu buat kita menangis tuh.

                                                   Terima kasih kepada Saudara Zawawi


                                              Yang ni pulak Saudara Khairuddin belanja


                                     Nasi Bukhari, saya rasa yang ni paling sedap setakat ni


Harap harap saya dapat mengawal berat badan di sini. Mungkin awal awal ni je kami seronok makan nasi arab. Tak lama lagi, tentu rindukan tomyam dan nasik lemak juga kan.


Tak lupa juga makan di pejabat, hari hari percuma. Tak perlu nak keluar makan tengah hari atau brekpes pagi. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Semoga sentiasa menjadi keberkatan dalam menjalankan tugas harian. Insha Allah


Till next post. Semoga bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment