Monday, 15 September 2014

Tergendala jap di KLIA (KL-Dubai)


Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin semua, syok kan? Monday blues datang lagi seperti biasa. Kupasan blog saya kali ini berkisar kepada Monday blues saya di Airport KLIA. 



Selepas suspen menghitung hari, maka hari ini terbanglah saya membawa seribu harapan diri dan keluarga. Perkara di rumah tentulah terlalu peribadi untuk dikongsi dalam blog ini. Yelah, tak pernah nak tinggalkan keluarga sedemikian lama. Dah tentu semua ini baru buat keluarga kami. Jadi, saya reserve cerita di rumah, anda boleh la membayangkan bagaimana perasaan kami sekeluarga kan. Tapi takpalah, saya maintain positif sebab lepas ni nak bawak mereka ikut bersama, saya yakin perancangan hidup saya sentiasa menitikberatkan keluarga di dalam setiap keputusan. Jadi, tabahkan hati, semua ini sementara sahaja...

Yang nak cerita kat blog ini ialah pasal stranded. Aiseh, memang dugaan lah hari ni. Patutnya depart 1030am Kuala Lumpur ke Dubai. Nak jadi cerita, flight ada technical faulty pulak. Flight grounded, lepas dari 1030, ganjak ke 1100, ganjak ke 1200, ganjak ke 1pm dan seterusnya. Last last, ganjak terus ke esok hari!! Adoi. Tapi tak mengapalah, Hotel disediakan. Putrajaya Marriot check in bersama dinner disediakan. Okey la tuh. Customer service dia kita kasi kredit lah.



Pengalaman melihat suasana penumpang stranded ni agak menarik untuk dikongsi. Pelbagai ragam dapat dilihat. Semua maklum, Dubai ni kan hanyalah tempat transit dan persinggahan sahaja. Everybody have their own destination to go. Sebab kebosanan yang melampau, saya berborak dengan hampir 10 orang! Setiap mereka ada destinasi yang bukan Dubai. Ada yang nak ke Birmingham, ada nak ke Istanbul, Saudi, Paris, Alexandria, malahan ada yang nak ke Kenya! (mungkin dia ada bela singa kat belakang rumah dia. haha)

Oleh itu, boleh dikatakan kebanyakan penumpang semuanya stress sebab nak kejar connecting flight. Dalam keserabutan itu, saya nampak dah ada sebilangan penumpang yang dah mula make a scene, marah marah pekerja service desk Emirates. Rilekla weh, bukan salah depa flight nak rosak. Tak improve apa pun marah diorang. Tapi staff Emirates cool ja, jawab satu satu semua apa yang orang tanya. Sorang sorang p serbu, 300 orang penumpang woh. Kalau saya, memang gila la nak layan. Tapi mungkin mereka dah dilatih untuk jawab dengan tenang dan profesional walaupun ada penumpang throw a tantrum.

Dan paling saya respect, bila tengok rakyat Malaysia! Boleh kenal la kan bila tengok, tak kira Melayu, Cina & India, semua cool ja dalam situasi ni. Hanya foreignor je yang marah marah. Haha, tak sangka kan. Betul la orang kata rakyat Malaysia ni berbudi pekerti. Bile dalam situasi macam ni baru saya percaya. Kalau atas jalan raya kita, ingat ke semua perangai buruk je kan.

Okeylah, to be continued. Saya nak sambung baring baring di katil empuk Mariott Putrajaya ni. Alang alang dah stranded, why not stranded in style. Chow~~




No comments:

Post a Comment