Friday, 12 September 2014

Personal preparation before departure


Assalamualaikum..

Selamat hari minggu semua. Pastinya hari minggu yang aman dengan hujan dan angin sepoi sepoi bahasa membuatkan semua orang melekat di katil masing masing. Hari minggu saya nampaknya pasti sibuk dengan banyak preparation last minute nak diselesaikan.

Okey, saya cuba beri sebanyak mungkin info disusun mengikut kronologi;

  1. Jual kereta - disebabkan kereta saya agak mahal, tak berbaloi untuk bayar dan biar je kat Malaysia ni. Bagi saya, kereta hanya bernilai sekiranya kita letakkan mileage padanya. Kena start awal proses ni sebab tatau nak cari buyer senang ke tak
  2. Refinance rumah - yang ni saya kena buat sebab loan rumah saya adalah menggunakan company loan. So no choice, walaupun banyak kerugian kat sini dari segi interest baru dan sign up lawyer baru dan tak lupa insurans MRTA baru. Proses ni makan masa yang lama sebab melibatkan lawyer, jadi kena start awal. Saya silap sebab start last minute.
  3. Mailing addres - yang mana mana adress kat office tu, kena lah tukarkan ke mailing adress baru. Yang ni terpulang lah, sama ada ke kampung, atau ke rumah. Dalam kes saya, saya tukarkan ke rumah sendiri sebab saya akan sewakan rumah saya kepada kawan kawan, jadi boleh mintak mereka tlg simpankan surat. Dalam kes saya, saya tukarkan adress bank-bank dan developer rumah.
  4. Convert line telephone - saya menggunakan Celcom postpaid sebelum ni, sebaiknya ditukarkan ke prepaid line untuk mengelakkan charge roaming melampau. Nombor Malaysia masih penting untuk TAC mobile banking.
  5. Tax clearance - pihak majikan akan keluarkan borang CP21, iaitu declaration untuk pekerja keluar negara. Yang ni macam EA form gak la, tapi year to date service. Bawak borang ni p LHDN dan buat tax evaluation siap siap untuk tahun ni. Penting, nak elakkan kena blacklist diorang suka tahan orang kat airport nowadays. Yang ni kena selalu follow up dengan pihak majikan lama. Saya dapat agak last minute, esok baru boleh pergi LHDN untuk buat tax evaluation. Super last minute!!
  6. Jual barang barang yang rasanya tak utilize kat Malaysia, bolehla menampung sedikit sebanyak perbelanjaan nak ke sana. Saya jual setakat ni basikal Giant, camera DSLR dan juga basikal plant saya (beli sendiri canggih sikit, nak lain dari orang lain kononnya)
  7. Pastikan akaun bank semua ada penama. Tak dilupakan KWSP kena ada penama. Kalau lebih rajin, buat wasiat dengan Amanah Raya atau bank yang menyediakan khidmat wasiat.
  8. Sebab saya akan meninggalkan keluarga dalam 2-3 bulan sebelum ke sana, jadi sediakanlah sedikit persiapan untuk mereka. Saya beli stok susu dan lampin lebih sedikit sebelum berangkat.
  9. Salinan surat beranak anak anak dan sijil kahwin (ada dua, bawak yang original satu ke Saudi). Yang ni penting untuk urusan proses visa keluarga di sana. Kalau ada banyak masa sebelum ke Saudi, eloklah dokumen ni semua diterjemahkan ke Bahasa Arab di Pusat Terjemahan Negara, kurang sikit kerja kat Saudi nanti.
  10. Ubat-ubatan yang biasa - contohnya Panadol, Chikit Teck Aun etc, takut kat sana susah dapat
  11. Shopping baju kerja sedikit. Yang ni setakat amik mood jelah. Nanti kerja plant pakai coverall gak kan. Hehe
  12. Yang ni bonus. Kalau anda ingin membuat investment rumah dan sebagainya, adalah disarankan buat loan menggunakan pay slip company lama sebelum resign. Nanti dah dok sana, susah nak layan dah bende bende ni.
Disarankan urusan urusan yang saya paparkan ni dimulakan secepat mungkin sebaik sahaja tender resignation, kerana ianya makan masa boleh tahan. Saya banyak procrastinate menyebabkan banyak benda jadi last minute, so rugilah masa cuti hujung hujung tu yang patutnya boleh diluangkan lebih banyak dengan keluarga.

Okey, saya rasa dah banyak yang saya cerita. Mungkin ada banyak lagi yang saya tertinggal. Tapi rasa dah kaver key point yang penting penting.

Till next post. Cheers all!!




No comments:

Post a Comment