Thursday, 11 September 2014

Visa Kerja

4 days more to go. Biar betul. Masa awal awal terima kerja ni rasa macam fantasi je, tapi bila dah dekat nak pergi ni, barulah rasa reality call dan kecuakan semakin menjadi-jadi, tengok jam pun dah kecut perut. Ada lagi few more things yang masih tak setel. Sempat ke tak ni? Banyak sangat benda yang last minit!!

Okey, kita cuba recap, apa mende yang perlu dibuat sebelum fly. First of all, kena buat Working Visa. Topic ni agak dry lah yer, tapi perlu jugak dibincangkan sebagai rujukan di masa hadapan. Mana la tau ada rakan rakan yang nak ke sana nanti. Saya pun kalau nak repeat p seround lagi, kene buat the same thing jugak la kan.

By the way, benda ni saya dah setelkan awal lagi sebaik sahaja dapat offer kerja dulu. Memang ambik masa sedikit lah lebih kurang dalam sebulan dan memerlukan kesabaran sedikit.

Requirement untuk Working Visa;

  1. Medical checkup - bayar sendiri dulu lah, claim kemudian. Ada list hospital yang dia kasi, mostly hospital from KPJ.
  2. Certificate of good conduct - yang ni kena amik kat Wisma Putra, basically dia check kita takde  rekod jenayah. Sapa geng pecah rumah tu, boleh lupakan jela ye hasrat nak ke Saudi.
  3. Degree attestament - part ni paling sakit. Degree kita perlu disahkan di 3 tempat. Kementerian Pendidikan Tinggi, Wisma Putra & Saudi Culture office. Tak dilupakan, sebelum semua tu, pastikan anda ada surat pengesahan study di fakulti di Universiti anda (haha..part ni memang saya personally penat sebab tak pernah ada surat tu, kena mintak balik kat Universiti).
Okey. selepas penat lelah berulang alik ke Hospital, Putrajaya & Embassy. Inilah hasilnya. Penat wo, tapi berbaloi!


Selamat mencuba!! (tak sure pulak on this remark..hehe)

Next issue - saya cerita on personal preparation pulak :)

No comments:

Post a Comment