Wednesday, 10 September 2014

Salam perkenalan

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Dalam usia mencecah awal 30an ni, tiba tiba tergerak hati nak buat blog. Ini adalah gara gara kegatalan saya menghadiri temuduga kerja ke negara Timur Tengah. Blog ini adalah catatan ikhlas dari saya untuk memulakan hidup baru di perantauan.

Yelah, dah 9 tahun kerja di Malaysia ini, kehidupan day in and day out boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja hari hari. Sekarang chapter baru dalam hidup, eloklah saya buat catatan untuk tatapan keluarga yang jauh dari mata dan juga di masa hadapan boleh saya nilaikan kembali apa yang sudah saya lalui di perantauan.

Tak dapat dilupakan tanggal 25/5/2014. Kenapalah agaknya, tiba tiba saya gatal menghadiri temuduga tersebut. Dah rezeki kat situ pulak agaknya kan.

Sekarang, dalam proses menghitung hari sebelum terbang. Tarikh yang diberi 15/9 tinggal 5 hari sahaja lagi. Makin lama makin cemas jadinya.

Kalau boring baca blog saya, harap maaf. Saya bukanlah penulis yang baik. Tapi kalau kena interest and common ground, saya boleh berborak dengan anda berjam jam. Apa pun selamat membaca.



No comments:

Post a Comment